Friday, June 7, 2013

Bingka Roti Kukus Pandan


Bismillahirrohmanirrohim sebagai pembuka bicara... menu kuih pula untuk minum petang. jarang2 buat kuih muih yang manis2 macamni.... sebab kurang ada penggemar aka pemakannya. yang gemor bebeno si tukang buat jer.... nak tak nak sendrik buat, sendrik juga yang kene makan..... nak wat camneee nasib badan... diorg lebih suka kuih yang goreng2 cam karipap, cekodok, goreng pisang dan sebagainya.... nih pon sbb nak abeskan roti putih yang tak abes.. dah kata dah, kalau roti beli lambat beno nak ngabes berbanding roti buat... tp sbb malas nak buat terpakse la beli juga kan!


ok jom layan resepi yang di cedok dr dapur puan hajjah kita, kak.ummi zaihadi. tima kasih banyak2 kak... mmg sedap lembut lemak2 manis... dah selalu sgt buat bingka roti bakar, sesekali tukar selera ke kukus best gak! utk resepi di bawah nih aku dah olah sedikit dr resepi yang asal.. roti aku koyak2kan supaya sedikit padat ketika dikukus dan aku ada tambah sedikit kismis.. xtra best gitu! geget geget tetiba ada rasa masam kismis... bg yang belum cuba, cubalah! insyaAllah tak mengecewakan.... kalau rajen boleh juga digandingkan dengan kuah kastad tapi better kurangkan manis dalam adunan roti sebab bingka nih dah cukup manis. selamat mencuba.. ^_^


RESEPI BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
sumber : kak.ummizaihadi , notabilia
olahan semula : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
  • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
  • 3/4 cawan gula halus
  • segenggam kismis
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
  • sedikit pewarna hijau - jika perlu
Cara-cara
  • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
  • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
  • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

Thursday, June 6, 2013

Salmon Grill

 

godek2 folder jumpa menu salmon yang ntah jaman biler punyer... rasanya ada la dua bulan lepas kot.. hahaha.... masa tuh tengah 'ngidam' nak makan salmon, sekali tu jumpa apalagik rembat tak hengat! rindu ngan nihon leh makan salmon fresh... kat sini apa yg ader jerk la drpd xde..... syukur alhamdulillah. setengah org tak suka sbb kehanyirannya tapi kalau pandai masak dan cuci insyaAllah xde masalah. yg penting menu nih kami anak beranak mmg suker! hehe.....

RESEPI SALMON GRILL
resepi : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • garam
  • lada hitam
Bahan-bahan untuk sos ( by lydia )
  • 2 sudu besar butter (guna bekas grill salmon td lg sedap!)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
Cara-cara
  • Penyediaan sos putih: Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
  • Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Lumur ikan dgn garam dan lada hitam. Panaskan butter dan minyak zaitun. (tujuan minyak zaitun adalah utk mengelakkan butter menjadi hangit apabila cair, jika tiada guna minyak biasa). Grill hingga ikan masak.
  • Hidangkan ikan dengan sos putih tadi dan juga sayur2an rebus/kukus spt brokoli, carrot dan asparagus dan juga hirisan lemon.