Friday, December 12, 2008

Ayam Pandan

rasa macam duk kat mesia la pulak arini kan sbb ada daun pandan n daun pisang.. hehehe.. nih gara-gara kak long la nih p goda2 ngan ayam pandan dia tuh... sanggup ku korbankan daun pandanku yg tak seberapa tuh! hahahahaaa.. nak rasa punyer pasal! ahaks! tapi nih resepi mak buyung iza! n daun pandan nih sebenonyer adiah dr teman cyber jugak si ros@onigiri.. n ade la skit aritu mak aku bekalkan! thnx kat u all semua la yerk! along, iza, ros dan jugak bondaku!! huh! ramai btol penyumbang resepi ni...heeeeeeee......

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.
note:tgk di myresipi.com cara mek iza membungkus ayam tuh... aku buat makin hentam sajalah labu! hahahahaa... pusing sana, pusing sini, masuk sana, masuk sini... last2 jadi la yg kat bawah nih! ntah hapa hapa ntah! muahahahaaaaa....

2 comments:

  1. ayam nih mmg best pernah mkn dl org APPLE computer belanja...sampai skrg tak jumpe dah...nih dah ade resepi nanti leh try...

    dah nak balik nih byk lak resepi yg nak try!!!

    ReplyDelete
  2. iyo la tuh...rezeki org nak blanjer makan! takyah try ler.. p melantak puas2 blk mesia nnti! :P

    ReplyDelete