Wednesday, January 21, 2009

Gulai Lemak Udang Nenas

menu nih antara menu harian kitaorang... en.hb ku iteww suke no masak udang yg berkuah! masak sambal pon sodap kan! resepi nih sebijik gebeduk ngan resepi che'iza cume method aku main campak2 jerk.. heeeeee... tapi nk C&P dari sana jerk la yerk! heeeeeee... ampun mak yung! :D

Bahan-Bahan
  • 1/2kg udang
  • 1biji nenas- hana gune nenas tin jerk!
  • *4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • 2 sb lada boh/ lada giling
  • Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 1 batang serai
  • garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 1 1/2 cawan santan pekat (300gm).
  • 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)
Cara-cara
  1. Bersihkan udang dan buang muncung dia.
  2. Potong nenas ikut suka.
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras

4 comments:

  1. romantiklah udang tu siap dok dating berdua lagi hehehe

    ReplyDelete
  2. menu ni pun fav kakchik juga sebab udang ni dia ada rasa manis-manis asli tu, hmmm... boleh imagine kesedapannya.

    ReplyDelete
  3. to umiyumi..
    mmg nk suh kawin tuh! hehehehee...

    to kakchik..
    btol tuh kak...rasa udang yg manis bab tuh yg kitaorang suker! hehehe

    ReplyDelete