Saturday, April 18, 2009

Basic Muesli Slice

nih pulak kes nk perabihkan stok kekacang n cornflakes anak2 aku! punyer la byk.. bila aku wat cenggini hah ko! kejap jerk habih! sonang ati mokcik! tkde la penuh esbok aku tuh ngan khazanah yg bukan2! muahahahahaa... resepi amik dr dapur cik mat gebu yg asalnyer dtg dr kak.LG guru tiusyen aku skrg nih! wakakakakakaa... :P mekacih yer kak.min n cikmat! tapi haku msk ter'geseng'! sib baik tak rentung! hahahahahaaaa... jom ngunyah2 depan tv! ;)

Bahan-bahan

2 cawan rolled oats - xde! gune cornflakes bbyak jer!
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (mat guna badam, pecan dan kuaci)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optional)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu

Cara-cara

  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....

2 comments:

  1. wahhh...menda alah nih dah lama noi kiv...ari tu dah tgk kat umah cikmat...tak makcik tak sempat2 ler nak buatnyer....

    ReplyDelete
  2. aishah..wat ler! sonang jerk tuh! pejam mata dh bleh siap! hihihi..

    ReplyDelete