Friday, April 17, 2009

Tauhu Kukus Sambal Udang Kering

nih pon menu semalam... sedapp sambal udang kering nih tau! resepi asal dr k.dayang jack! mekacih byk2 kak yer! kita cilok resepi lagik nih! hihihihi..... cuma aku masukkan separuh udang kering tuh dlm sambal, n separuh lg taburkan ms menghidang! yg sedap rasa udang tuh la! cubelah! hihihi...... C&P dr blog k.dayang.

Bahan-bahan
  • 2 keping tauhu basah/lembut (dipotong ikut suka) - hana guna tauhu lembut. tk potong pong! kukus jerk terus.
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit minyak masak
Cara-cara
  1. Kukus tauhu selama 7-8 minit.
  2. Sediakan kuali. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. - hana masukkan skali separuh udang kering.
  3. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  4. Susunkan tauhu di atas pinggan. Tuangkan sambal td diatasnya dan taburkan udang kering.

No comments:

Post a Comment