Sunday, January 17, 2010

Kuih Serimuka Pelangi

salam pagi ahad wat semua.... meh ler sarapan pagi ngan kuih pelangi kusam aku neh! kusam pong kusamlah! janji sedap! wat mlm tadik kes nk melangsaikan beras pulut aku tuh! tp tk abes pong lagik.. ado laie tuh hah! resepi dari dapur kak.ct bini cikmat! amponn kakkk..mlm tadi aku godeh2 gobokmu iteww! tp dh susun balik! hihihi maceh er! jemput amik sorang sepotong! HaSue.. amik sue! syiann dier lg smlm ngendeng kuih... hihihi
Bahan-bahan
Lapisan bawah
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • 21/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • sehelai daun pandan
Lapisan atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula - hana buh 5 sudu
  • sedikit garam
  • pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)
Cara-cara
  • Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  • Masukkan semua lapisan bawah dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak, kluarkan daun pandan dan tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - k.ct menggunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
  • Bancuh semua bhn2 lapisan pelangi kecuali pewarna kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan setiap mangkuk satu warna pilihan.
  • Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
  • Tuang lapisan merah dan kukus 10minit. buat lapisan seterusnya sehingga habis. - hana balut tutup pengukus ngan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
  • Lapisan terakhir kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan baru boleh dipotong.

8 comments:

  1. cun sehhhh....err ada lagi dakkk??
    nakkkkkkkkkkkkkk!!!
    cilok resepi ekh mem hana!!! tnx xoxo

    ReplyDelete
  2. Ala mama datang lambat. Kuih Hana dah habis sebab Hana letak 3 ketul je, mana nak cukup! Lenkali, taruk ler setalam terus!

    ReplyDelete
  3. Hana...cantiknya kuih tu...cun macam tuan nya....

    ReplyDelete
  4. cantik n nampak sedap! lain kali cuba buat 7 kaler plak (mokhbiu):D

    ReplyDelete
  5. salam hana..
    wowww...caya lah, aweks jawa mmg rajinn waa cakap sama lu beb!!...licin beno, bess nya, aku tgh2 malas ni nak aje mintak 1-2-3-4 keping...

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaaa!!! colorful gituuu!!!!

    ReplyDelete
  7. to nekpp..
    alamak dh yilek! hihi.. hambik kak! sesama xoxoxoxo... hehe

    to mamafami..
    hihihi.. tuuuhh blakang tuh setalam la tuh yg blom potong! hehe

    to treat and trick..
    ahaks! kombang lobang idongku yg ceconit nih! hihihi

    to deliah deli..
    huahuahua... 3 kaler pong cam rs dh semput! hihihi

    to matgebu..
    slm mat.. aku klu bab makan mmg aku rajen! hahahaha.... amik seloyang tuh kongsi ngan mamafami! hihi

    to k.ain..
    cantik dan sedap kakk! cubelah!!! hehe

    ReplyDelete
  8. Kakkk...santik kuih tuh..lama baru patah balik nak amik kuih ni...basi ke tak basi masukkan gak dalam bekas beso nih..cepat sikit ye..sebelum tenet meragam balik.hhihi...darwish mana aaa...nak cubit nih!

    ReplyDelete