Friday, January 15, 2010

Terung Grill Paprika

sebenonyer nama asal resepi nih 'terung goreng warna warni'.. tp sajer aku buh nama paprika sbb byk menggunakan lada paprika@capcicum. dan goreng aku tuko grill. grill atas koli jerk! hahaha... (koli non stick yerr! arap maklom..) resepi dr sebuah majalah jepon. sanggup laling aku tulun ajo sbb dier berkenan ngan resepi nih! hihihi..... sedap sedapp! cubelah sendrik! hehe..

Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 biji terung - potong serong
  • minyak zaitun
  • black pepper
  • garam
Bahan B
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1/2 inci halia - cincang
  • 1 sudu besar syouyu - bleh ganti kicap
  • 3 sudu besar sos tiram
  • air sedikit
  • lada capsicum merah dan kuning - potong dadu
  • daun bawang - hiris
  • sedikit black pepper
  • gula sedikit
  • lemon@limau nipis - optional
Cara-cara
  • Gaul semua bhn A. Grill terung sehingga masak. ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis bwg dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan syouyu, sos tiram, sedikit gula, blackpepper dan kacau sebati.Masukkan air sedikit sahaja.
  • Masukkan lada capsicum. gaul. jika kurang masin masukkan garam. tp bagi hana tk perlu sbb dh cukup masin.
  • Curahkan ke atas terung grill tadi. dan taburkan daun bawang. perahkan lemon jika suka.
  • Sedia utk dihidang.

6 comments:

  1. Selamat pagi (waktu m'sia)...

    Akak, kalau grill kan, besanya renjis² kan minyak siket tak or main bum cam gitu jeeee....

    Cam menarik jee resipi ni...

    ReplyDelete
  2. slamat tengahari waktu jepong! hihihi... haah! bleh ajer... kiter buat dier kan! nk mudah dan cepat ko tiru jerk lah style akak tuh! sempoii janji masak! hahahaha

    ReplyDelete
  3. tertarikngn warna merah n ijo tu.. hihik warna kegemaran tu..so nmpk nyer kena try ni..

    ReplyDelete
  4. cantiknya warna.. orang yg tak suka terung pun akan teruja nak memakannya percayalaaa

    ReplyDelete
  5. salam kak hana,
    Selamat petang, (agaknya dah dkat malam kat Jepun ya?)

    maceh,maceh. dah siap terhidang. macam tau je,kat mesia wktu thgahri. tgah lapar ni, heheh.
    Oh, bole grill kat kuali ya? senang, camtu. wane-wani terung grill ni. menarik hati nak cuit2,kihkih.

    ReplyDelete
  6. tengok gambar pun dh rasa terliur dahhh!!!!

    ReplyDelete