tingin plak nak mkn kek karet! godek2 la juga setengah adunan! jd kurang gebu plak cam matgebu! tapi moist gler kali neh! ker sbb aku mandai2 tambah madu 2 sudu! atau sbb aku terlebih whipping cream?! mmg sah la tuh kot! cikgu tak suruh, dier pandai2 buat! hihihi... amponnnnn! tak kesahlah!! yg penting mmg syedapppp! maceh matt! aku buat lagik neh! yg aritu pesen CC! yg nih pesen loyang loaf panjang yg terlebey panjang! haha.. tak buat frosting cheese! malasss... jom makannnn......
Bahan-bahan
- 125 g mentega
- 2/4 cawan gula halus
- 1/4 cawan gula perang (brown sugar)
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 2 biji telur gred A
- 1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
- 1 camca teh esen vanilla
- 3/4 cawan parutan lobak merah
- 1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) - x ltk ganti kismis
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
- Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
- Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.
sedapnya...
ReplyDeletesuka masuk blog akak
byk makanan.
he he he
salam hana.
ReplyDeletetak kisah le lebih madu atau whipping cream, yang pastinya kek tu nampak sedap di pandangan mata kakchik ni. dah la fav kakchik, sedapnya...
plan nak buat gak carrot cake ni, asyik x jd je. penat butter kuar masuk fridge.hehe
ReplyDeletemabeles!! (bak kata wong2 jowo)..kihkih..tu dah potong tu mesti nak bagi kita kak hana kan??hahaha...ngences jek tgok gambor kek carrot nih..wehehe...
ReplyDeleteoh kek loh pak merah ingat ari tu Loh pak putih hihi.Nak cikit bleh?
ReplyDeleteto syuQ..
ReplyDeletetenkiu syuQ... alahaii klu dekat aku dah huluq kat ko satu talam syuQ! hihihi
to kakchik..
slm kakchik..hihihi...tp mmg btol pong kak! syedappp! hihi
to k.ain..
k.ain mmg selalu cenggitu! hihi.. baik2 kang tgk2 dah expired! kekeke
to ummie..
mabeles tuh wong omputih seng ngomong mbak yuu!kek wes entekk! ndelok gambar waie yooo! hihi
to cikmanggis..
hahaha... loh pak putih masih lam kedai apek la kak! lum sampai lg! yg ade cume loh pak merah jerk! tunggu ar nnti apek tuh anto loh pak putih kasi bikin itu talam sedap! hihihi
salam hana...nampak cam sedap je...tak pernah makan lagi kek carrot ni...huhuhu
ReplyDeletesalam k.ima..
ReplyDeletewaduhhh ayu sungguh ibu ima ini! gambar baru er kak! try la kak! sedap! kiter suker sgt kek karet! :)
hah kuar dah carret kek... nak sepotong.. sedap nyeee kan carrot kek.. makan ngan coffee panas2.. pehhhh layan
ReplyDeleteSalam Hana, Akak nak tanya? awak pernah come thru resipe carrot kek pakai cream cheese dan butter. Bukan toping dia cream cheese tau. Sebab ada seseorang kata dia penah makan dan minta akak buat tapi akak tak tahu camna......
ReplyDelete