Bahan-bahan
125 g mentega
2/4 cawan gula halus - klu tk suka manis leh kurangkan ye
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) - hana tk buh!
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
- Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
- Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.
- Note: klu wat cupcake, turunkan suhu 160 agar tidak membumbung kek tuh!
125g creamcheese
60g butter
60g gula - leh kurangkan
sesudu kecil jus lemon - optional
> Pukul semua bhn hingga lembut dan gebu! sapukan ke atas carrot cupcake. kalau tak habih, bleh wat krim apa2 jenis swiss roll cake.
amboi cunnyer yg dia punya, lawan tokey ni!!! bak 2 ketui.. sedap kan.. kan...
ReplyDeletehikhikhik.. ala otai jugak yg ajor! heeee... sedapp!! tQ kak! ;)
ReplyDeletewah!...cupcake jugak...tak leh jd ni...terliur cm...comel pulak tu!..jap lagi nak buat la...
ReplyDeletesama cam ika ninja gak! deco pun sama! dah plan awai2 ke nak buat benda yg sama? rasanya sama tak?? hehehe. tp ttp cantik ler...
ReplyDeleteto cikmanggis..
ReplyDeletewat la kak! sedap tau kek nih! takyah frosting pon xpe!
to k.azita..
rasa kompem sama la kak! kecuali dak ika tuh derhaka! ekekekeke... deco tuh, ika yg tiru kita! muahaha jgn mare ijahh! :P
wah hana...cantik seh carrot cc tu. comellll ajee. mintak satu dua ..boleh..??
ReplyDeletehambik la k.ain... mmg tinggal dua ketui lam gambo tu jek yg ada! lain dh habih! hehehe
ReplyDeletemenarik....kler oren gitu...
ReplyDelete