Saturday, July 3, 2010

Mee Udang Cik Manggis

salam dan selamat berhujung minggu wat semua... arini cuaca kat kanazawa ujann jerk dr malam tadi. alhamdulillah.. ujan2 nih syoknyer mmbuta! bgn tdo lapoo.. dapat mee udang nih syokkk sgt! masaknya pong tak susah! pung pang pung pang jap jerk siap! Jom kiter makan mee udang cikmanggis aka makcik kantin nih! sedap taw! tima kasih wat kakakku cayang! lam mangkuk tuh cume ada tiga ekoQ udang jaaa! jangan rebut2 tarik rambut yer! hihihihi

Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning
  • 15 ekor udang segar.
  • 3 rumpun pokok sawi hijau.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 4 ulas bawang merah.
  • 2 tbsp udang kering.
  • 1 biji buah tomato.
  • 2 biji telur.
  • 2 paket fish ball.
  • 2 tbsp sos tomato.
  • 2 tbsp sos cili
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tsp serbuk lada hitam.
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • garam dan gula secukup rasa.
  • sedikit minyak untuk menumis.
Cara-cara
  • Kisar bawang putih,bawang merah dan udang kering hingga halus
  • Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masukkan 4-5 cawan air biasa atau pun air rebusan kulit udang.
  • Masukkan udang dan fishball dan biar ianya mendidih sekejap.
  • Masukkan semua sos,garam.gula ,lada hitam dan sawi & buah tomato.
  • Kacau dua biji telur dan curahkan kedalam sup sambil kacau hingga rata.
  • Masukkan mee..siap untuk dimakan...hias dengan potongan daun sup,daun bawang dan cili masak serta bawang goreng & limau kasturi:)

13 comments:

  1. salam hana, kecurrrr nya..
    DUUUGAAAAN!!...

    ReplyDelete
  2. uhuk uhuk ooo patutlah makcik kantin terbatuk-batuk je rupanya ada orang sebut namanya..hehe nak udang tu..sekor je boleh?hehe

    ReplyDelete
  3. nak mee udang semangkuk!!! udang lebih ye.hehe

    ReplyDelete
  4. Aik!..semangkuk ja ka..sue punya mana?..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam Hana,
    Akak dtng nak cari si jerry ni...mana dia...akak tak tido lagilah...nmpk udang kat mangkuk tu yg buat takleh tido...ekekekeke...

    ReplyDelete
  7. Pernah nampak ni di rumah makcik manggis, SEDAP!

    ReplyDelete
  8. slurrpp...sedapnya mee udang. nak ngecek udang, mesti dh diambil orang...hehehe...

    ReplyDelete
  9. fuhh fuhh fuhh.. tiup udang. hehehehe!

    jap2 nak panggey en hamzah... en hamzahhhhhhhh!! jan lupa gi blog jiya ada kari ikan. akekekekekekkee!

    aaa.. pasni mengkari ler nko kak..

    ReplyDelete
  10. sedapnya mee ...order semangkuk boleh kak,letak udang lebih tau..

    ReplyDelete
  11. akak, nnt nk pinjam resepi ni ye..nmpak sedapp sangat..

    ReplyDelete
  12. mee2 berkuah ni mmg peberet la...tp jarang sekali menjadi bila saya buat...sedih btul la...

    lg2 bila tgk mee kak hana ni, sakit jiwa saya...

    ReplyDelete