Wednesday, January 27, 2010

Daging Prune

sedap daging neh! makan ngan nasi putih jerk! tk nyempat nk wat nasik berempah or nasik minyak n sebagainyer... resepi dari buku Senangnya Memasak Daging Bersama Chef Hanieliza.. tapi aku cilok dari dapur kak.ummi.. resepi k.lieza mmg senang2 belaka! yg pentingnyer sedapp!! tima kasih banyak kak! mintak halal resepinyer dikongsikan di sini yer... sape yg blom bli buku k.lieza tuh silalah bli yer.. (errkkk.. aku ker tuh?! ngee ngee ngeee... )

Bahan-bahan
Bahan A:
  • 600 gm daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia

Cara Memasak:

  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

6 comments:

  1. salam hana
    nampak sedap.. boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. morning hana! amboi....daging prune! kak ita belum masak utk thari lagi ni. leh ler mintak semangkuk ya...!

    ReplyDelete
  3. meleleh dah air liur ni... sedap ker?? soklan pmr. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Sedap, menyengat, melekat terus kat tekak...gerenti seap lahhh!

    k.ct amik resepi terus ni hana.nak buat kot hehehehe.

    ReplyDelete
  5. to nur..
    salam nur... silalah cube! insyaAllah tak rugi.. hihi

    to k.azita..
    hehe akak jengah pagi sini dh tghr dh kak..

    to jiya..
    jwpan pmr (A)sedap (B)tk sedap (C)sgt sedap! jwpnnya ialah C! hahahaha

    to k.ct delima..
    buat la kak! tak nyesal punyer! botollll.. hehehe

    ReplyDelete