Friday, January 15, 2010

Asam Pedas Harum

sambung sket nama asam pedas nih..'asam pedas harum sundal malam!' kekekeke... marah kan pokcik mat tuh memandai jerk! hihihi.... tgk jerk bhn dh tau harum tk harum asam pedas nih! sendrik dicoba ya ibu2 n bapak2 sakalian......nnti baru tau hasilnya! toksah ckp byklah! yok mangan yok! mat!! mintak halal resepi ko nih yer! maseh banget! aku sukak! pokcik lg sorang tuh pong sukak! hihihi

Bahan-bahan
  • 1 kepala ikan duri (ikan mayong), dipotong - tadak! ikan merah jerk!
  • 1 kepingan besar daging ikan duri, dikerat 2
  • 1 biji terung biru, kupas sedikit kulit, belah dua dan kerat serong - tk ltk!
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 cm lengkuas, dititik
  • 1/2 cm halia, dititik
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Cara-cara
  1. Ikan mayong dicuci bersih, perap dengan limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis halia, lengkuas, serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masukkan jus asam jawa, garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan terung.
  4. Masak hingga terung lembut dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

5 comments:

  1. Akak memang suka makan asam pedas, tapi anak2 tak ebrapa suka

    ReplyDelete
  2. Salam kak hana,
    Hmmmmm...harum semerbak baunya. bukan bau bunga tau, seram saya. kihkih. lama tak makan asam pedas. nanti2 nak buat la.

    ReplyDelete
  3. aik.. ko dpt mana bunga kantan tu ina? akak kat mesia ni pun kdg2 x jumpa kat pasor...

    ReplyDelete
  4. to fuzids..
    mmg byk ikan fresh kat sini! tp tk kurang juga ikan beku! sebenonyer ikan tuh ikan beku! hihihi

    to kak aidah..
    akak samalah ngan kiter! tp maybe sbb diorg tk pandai mkn pedas lg..

    to indahouse..
    slm nur..hihihi... bau asam pedas yer!

    to cutam..
    hehehehe... mana lagi kak klu bukan seludup! kekekeke..

    ReplyDelete