Sunday, November 30, 2008

Apple Cake

huhuhuuu... lapo nyer sejuk2 nih... request rakyat kat umah nih wpon tgh sejuk2 duk bwh selimut! 'mama lapo!' 'ayah pon lapo!' .. 'mama nih tak paham ker kitaorg lapo!' .. aku buat2 tarik gebor.. 'lapooooooo!' hah! amik ko suara harimau dah kuar! wakakakakaaa.... 'jahat' sungguh mereka2 ini! kihkihkih.... nih resepi kak yani aka mem beso myr tuh! thnx k.yani!

Bahan-bahan

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • hana tmbh pewarna kuning bg naik seri skit! heeee..

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula(hana gune gula perang n tmbh cinnamon powder skit). Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.(hana lenyek halus sbb tkt anak2 tk mo mkn sbb ade BUAH! ) hihihi...
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C ( hana up 10minit lg sbb tgh2 tk masak. n merekah pulak! huhuhuuu... )

2 comments:

  1. kita dah wat da kek apple ni.. huehuehue... sama kan menu hari ni... kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. e'ee...came la menu kita.. nasi lemak n kek epel! sok lusa kita sama lagi nak?? hehehehe...

    ReplyDelete