Thursday, December 25, 2008

Kepak Ayam Bercuka

arini masak style jepun pulak! simple n mudah sgt nk membuatnyer.... org jepun mmg suka masakan yg rebus2 jerk..yg nih pon sodap! resepi kak.hani.. thnx kak yer... C&P dari myr ye kak.. heeeeee....

Bahan-bahan
  • * 20~25 ketul sayap ayam
  • * 150 ml cuka beras jepun brand Mizkan
  • * 150 ml kicap kikkouman
  • * 300 ml dashi stok (boleh campur air dan serbuk dashi. klu rajin buat sendiri stok tu lagi sedap)- hohohoo hana tk tau..bli yg ready made jerk! heee....
  • * 2~3 hiris halia
  • 5 biji telur rebus
  • 6 sudubesar gula pasir
  • brokoli untuk hiasan
Cara-cara
  1. campur bahan bertanda * dan didihkan dengan api sederhana.
  2. bila keluar buih, kaut buang dan kecilkan api. tutup periuk dan renihkan sebentar. masukkan telur rebus dan gula dan renihkan lagi selama 20 minit.
  3. angkat dan hias dengan brokoli yang sudah direbus sebentar.
  4. # bila sejuk, lebihan kuah akan mengeras macam agar2. jangan buang. banyak collagen tu. hancur2kan dengan garpu, letak atas green salad pun sedap.

4 comments:

  1. cepatnyer dia buat. cantik gambar ;-)
    terimakasih kerana mencuba resipi akak.

    ReplyDelete
  2. hihihi... mls nk pk menu apa. menu akak jugak yg mudah n cepat! ala camera tk sehebat akak punyer tuh! pulak tu td salah setting.. belasah jek la post gamba ni sbb ayamnyer dh abih! hehehehe

    ReplyDelete
  3. ish siannye ayam2 kat jepun tu dah x berkepak.abih dah dimasak dak hana...wahaha!!!

    ReplyDelete
  4. muahahaha...ade2 jerk la za nih! kat umh ni stok kepak mmg sentiasa ada.. sbb semua olang antu kepak! heeee...

    ReplyDelete