Tuesday, October 7, 2008

Apam Balik


weeeeiiihh! cukup2 la tuh makan kuih raya!! meh ler makan apam balik plak! kui kui kui..... org sibuk beraya lagik kita dh tung tang tung tang kat dapur ngan menu biasa! apa nak buattt! bukan ada org nk dtg pon! kes kes kes..... kali nih wat baru ok skit... ada la ghuper skit mcm apam blk! hihihi... tips dr pn.azie mmg menjadi! nk tau kene g tanya dia... la nih maybe dia tk dan lagik nk wat umah terbuka cyber! so kita tunggu jer la mood dia mai smula ngan keje 'merempit' dia tuh! kihkihkih............ resepi dr myr.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning- tk letak pon
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. wahai adik ku ina.. naper le rajin bebenor ni.. smpai ada apam balik.. balik mesia msti dah tak kolu nak mkn apam blik BP ni..

    ReplyDelete
  2. hihihi....tuh la pasal k.na! mende klu dh ada dpn mata mmg takkan kolu! :D

    ReplyDelete