Friday, October 24, 2008

Chicken Namban

resepi nih amik kat myr .. k.hani .. kat blog dia pon ada. den byk blaja masak masakan jepon nih dari dia la.. n info2 yg bergune dr k.yani :) thnx kak... dah duk sini rugi rasa kalau tk blaja masakan org sini erk.. sebenonyer masakan org2 jepon nih simple2 jerk n nmpk menyelerakan.. tp dsebabkan byk yg tak leh nk makan tuh yg kene blajo2 juga dr senior2 n org2 yg pakar dengannya. cam k.hani nih la contohnyer.. ehehehe.. mekasih yer kak.. jasamu di kenang... :)

Bahan-bahan

  • 3 keping paha ayam (boneless)
  • garam , ladasulah secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sb tepung ubi/ cornstarch + 1 sb air
  • -----sos vinegar-----
  • 100ml apple vinegar
  • 150ml air
  • 50ml soba sos
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam
  • -----bahan perap-----
  • 1/2 batang naga-negi (hiris serong memanjang)
  • 1 biji cili api (potong kecil)
  • 1 sk halia cincang halus
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • -----bahan hiasan-----
  • daun salad
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • tomato

Cara-cara

  1. campur bahan sos vinegar dalam kuali, panaskan. bila dah mula gelegak, tutup api.
  2. campur bahan perap dalam bekas seperti tupperware etc. dan tuang . ketepikan.
  3. potong ayam macam stick selebar 2 jari. (kita potong dadu jerk) cuci bersih dan keringkan air.
  4. perisakan dengan garam dan ladasulah. salut dengan tepung gandum.
  5. pukul sedikit telur, salut ayam tadi dan goreng hingga kekuningan.
  6. tos minyak terus masukkan kedalam . golek2kan supaya sos tadi rata. biarkan selama 5-10 minit. letak bahan hias dalam pinggan, letak ayam tadi.
  7. masukkan kembali lebihan sos vinegar kedalam periuk, panaskan. bila agak panas, kecilkan api, curah masuk bancuhan tepung ubi sedikit demi sedikit, kacau perlahan. lihat kepekatan. tuang sos ini diatas ayam tadi. makan dgn nasi panas2.

4 comments:

  1. bestnye chicken nih..kak hana ni rajin sungguh memasak...nyammnn..nnyamm...

    ReplyDelete
  2. kalau tk msk jawabnyer kebulur la rakyat kat umah nih maryam.. en.hb tk suka mkn luar la..tuh la psl..kene dera bini dia nih ari2.. :D

    ReplyDelete
  3. rajin2...nampak simple n sedap tu...
    tp kalu tukang masak mai angin M jwbnye tak jadik gak...hehehee...

    ReplyDelete
  4. klu angin pus pus M melanda baik tok sah ler pakse2kan diri p dapur.. p kedai jerk senang.. pus pus kan duit jerk.. kihkihkih..

    ReplyDelete