Wednesday, October 22, 2008

Puding Marble

tekak pose nih mcm2 nak makan..lelebih lagik mende2 manis n sejuk2 gtu! ehehehe nih amik resepi kat myr. komen dari anakanda pudding nih sedap! n dia kata mcm zebra! hahaha..nih baru dapat merasa..eh sedap juga la puding nih! lemak2 manis gtu...try ler wat sesapa yg lum penah try...hahaha....promote resepi org! :D

Bahan-bahan
  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula
Cara-cara
  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah lpyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

5 comments:

  1. waahh cedapnyeeee ^__^
    terase2 ni haa kt anak tekak. gulp :P
    nanti habis final exam nk buat laa :)

    ReplyDelete
  2. mmg cedep la wani! nyaman anak tekak makan sejuk2! ehehehe.. bila nk abih exam tuh? gud luck k! study kat mana yerk? hehehe..byk tnya plak erk! :P

    ReplyDelete
  3. wani study kt uia gombak kak..
    'sebelah rumah' je..
    skrg dh off campus, tu yg 27hrs per day wani online. hehe
    exam baru start td n akan habis 8 nov ni..
    doakan ye kak!
    doakan jugak berjaye buat puding ni :)

    ReplyDelete
  4. ooo study lagik yer..1st degree ke master? ke phd?? sbelah umah? wah! untung nyer! gud luck yer wani.. akak doakan dari jauh nih! :)pastu leh la merdeka ngan puding nih plak! ehehehe

    ReplyDelete
  5. akak...1 gelas tu bersamaan berape ekk ml...

    ReplyDelete