Friday, November 7, 2008

Kek Lapis Bumi


dah lama teringin nak wat kek nih... arinih try la projek setengah adunan.. nak testing jerk menjadi atau tak.... alhamdulillah jadii... TP!! adussssss... mana silap aku pon tak tau.. air kukusan tuh leh masuk plak dlm kek nih... so atas tuh jd berair gtu! hancuss nak dptkan kek yg cantik! huh! takpo la ...asal sedap masuk anak tekak! huhuuuuu... dsebabkan wat setengah adunan jerk so lapisan tak dapat byk... mmg sajer nk test menge'test'.... hikhikhik.. layan resepi ni.. amik kat myr...

Bahan-bahan

  • 454g Mentega
  • 1 Gelas gula halus
  • 2 Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya
  • 1 Tin kecil susu pekat manis
  • 3/4 Cawan serbuk nescafe
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak ye,kang x pasal2 ada bendasing jadik hiasan plak..hehe)
  5. Haa..bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan serbuk nescafe dan gaul rata,pastikan serbuknya betul2 sebati dlm adunan
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Then ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
  9. Tips 1: Tutup loyang kek mgunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di ats kek. Tips 2: Bubuh sedikit air suam utk mbancuh nescafe spy lbh sng diadun sebati Tips 3: Jgn mls nak melapis,sbb anda pasti berpuas hati bila bjaya membuatnya. :)

8 comments:

  1. sedap juga la aishah.. tp bab melapis tuh mmg maleh sebenonyer! hehehe :D

    ReplyDelete
  2. wah2.. cantik betul lapisan bumi ni haa kalerfull :D
    akk, kalo wani buat kek lapis kukus, setiap kali wani bukak penutup kukusan tu, wani make sure lap dulu sebelum tutup balik. insyaAllah air x menitik kt kek. tp kalo menitik jugak, xtawla nk buek apo laei. hehe

    btw, akk guna pengukukus yg mcm mane ek?

    ReplyDelete
  3. masa tutup tuh rasanyer mmg xde air pon..rasanya alum foil akak tuh koyak kot tuh psl air masuk dlm tu.. xpo la nk buak camnoo..hehehe

    pengukus akak periuk bese2 jerk bukan yg tingkat2 tuh.. :)

    ReplyDelete
  4. hana,

    test meng'test' pun kek hana tetap menjadi.

    hai sedapnya ...

    ReplyDelete
  5. kene test dulu k.chik..klu menjadi n sedap baru la ada harapan nk buat lagik.. hihihi... baru nk anta g umh k.chik td..tup tup k.chik dh smpai... sila la tapau yerk! hihihi

    ReplyDelete
  6. ala... dah terlewat nak tapau ni... kek agaknya dah habis.. ke... ada lagi.
    ni kakchik datang siap bawa piring besar lagi ni

    ReplyDelete
  7. alamak k.chik...mmg langkah kiri btol la.. cian k.chik...len kali kita wat, kita anto awal2 g umah k.chik er... hihihi

    piring besar tuh meh kita isi sate goreng nak?? hehehee

    ReplyDelete