Bahan-bahan
- Utk kulit tart
- 100g gula halus- kurangkan 85g je
- 1 biji telur
- 200g tepung gandum
- 150g butter - kurangkan 130-+g je
- Utk yogurt cream
- 220g plain yogurt
- 100g gula- ni pon hana kurangkan skit agak2 la
- 1 biji kuning telur
- *2 sudu besar corn starch
- *1 sudu besar tepung gandum
- 250g susu
- 15g butter
- 2 sudu besar lemon jus
- Kulit tart. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau biar sebati. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.(tk smpai sejam sbb dh kurangkan butter so tak lembik sgt)
- Yogurt Cream Masukkan susu ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga hampir mendidih. Tutupkan api.
- Masukkan yogurt, telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau.
- Kemudian masukkan bahan (*) yg telah diayak. Kacau serata.
- Campurkan susu panas tadi sikit demi sikit sambil dikacau.
- Tapis semula masukkan ke dalam periuk susu tadi.
- Panaskan semula sehingga pekat. Kemudian, padamkan api.
- Akhir sekali masukkan butter dan juga lemon jus. Kacau biar sebati.
- Yogurt tart Keluarkan kulit tart tadi. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat.
- Sapukan acuan muffin dengan butter. Ambik sebiji tart tadi, buat bentuk leper. Kemudian tekan-tekan masukkan ke dalam acuan muffin. Buat lubang kat tengah.
- Isikan dengan yogurt cream. Bakar selama 25~30 minit dengan suhu 180 degree.
huuuuuuu..org jepun dah mkn tartttt... msih waiting lis ler..ptg ni nak blik kg jap..
ReplyDeleteteringin pas wani n k.na tayang tart! hehehehe...ala tuh sat2 lagik free, stat la tuh projek tart.. cuti2 skola ni byk mende leh buat kan.. bestnyer blk kg!
ReplyDeletekaka hana yogurt cream tu yg camne ekk?berminat nih...dek yogurt plain tu byk lg...
ReplyDeletecampuran tuh semua namanya yogurt cream.. paham tak? jap akak edit..
ReplyDelete