Wednesday, February 11, 2009

Triffle

haaaa nih menu dessert jamuan malam tadi.... aku buatkan utk kengkawan sempena majlis perpisahan diorg dh abih study! aku buat triffle nih ngan maja blanca.... tima kasih kat kak.zai atas tunjuk ajar dan berkongsi resepi nih. cume hana tambah kek lapisan bawah. soriii gambar potong takdok.... sbb aku tgk2 dah licinnnnnnnn! alhamdulilllah! habis jugakk... resepi kek span aku amik kat myr dr sweet4ever. best gler kek dier! pasnih leh wat lagik! resepi C&P dari dapur k.zai yang lama..... mekacih lagik skali k.zai! jelly tuh hana tuko agar2 sbb jelly takde yg halal kat sini......

Bahan-bahan
  • 400 ml susu segar/cair
  • 30gm gula halus
  • 40gm tepung custard
  • 5 camca besar air
  • 1 peket kristal jeli jenama NONA (perisa strawbwrry/raspberry)
Hiasan
  • 1 tin buah2an campuran fruit cocktail/buah strawberry
  • krim putar
Cara-cara
  • Didihkan susu dgn air
  • Perlahankan api dan masukkan bancuhan custard (custard + 5 camca air) dan kacau hingga kental
  • tuangkan kedalam bekas individu dan biarkan hingga beku beberapa lama (supaya semasa melapis tak bercampur dgn jeli) . jika mahu letak kek span, letak kek dahulu dbahagian bawah,then curahkan kastad. seterusnya jeli.
  • Campurkan kandungan kristal jeli dgn 2 gelas air panas (400ml) dan kacau hingga larut
  • Tuangkan keatas adunan custard yg telah beku tadi
  • Sejukkan dlm petisejuk dan hidang dgn krim putar dan buah strawberry/fruit cocktail
Sukatan utk agar2 sbb jelly takde.
  • 4g serbuk agar
  • 600ml air +air buah
  • 50g gula
  • fruit cocktail secukupnyer.
  • sirap rose
Cara-cara
  • campurkan serbuk agar2 dan juga air. masak hingga mendidih.
  • masukkan sirap rose mengikut thp kemerahan masing2.
  • masukkan buah koktail.
  • curahkan atas kastad. pastikan kastad dlorek dahulu sbb takut nnti tak melekat.

6 comments:

  1. sedapnyr triffle lama dah x buat...
    hana..sini byk stok jelly..mcm2perisa ader..hehehe!!!

    ReplyDelete
  2. ader ker?? bagi kiter!!! nak nakk! hehehehe.... sini xde la.... agar2 pon satu jenis jek yg bleh!

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak... sejuk anak tekak makan time panas2 ni... hehehheehe

    ReplyDelete
  4. yup btol! akak yg sejuk2 kat sini pon sedap! hahahahaaa...

    ReplyDelete