Sunday, November 8, 2009

Soft Pretzels

aku tadak modal nk n3 apa arini.. so aku bagi korang layan pretzel aku yg dh lama bekulat lam folder aku! hahahaha..... jgn mintak mmg dh abess! resepi dr cikwan taiwan yg kejap timbul kejap tenggelam! arap2 dier timbul bila aku seru nama dier! 'chah! bangun chah! ari dh siang!' ekekeke nih pretzel versi lembut yer! topping pong gula jerk! klu versi keras sket cam lam buku kat gambo tuh nnti aku kongsikan k! skrg tadak masa nk terai lagik! ppon maceh wat chah!

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
  • 1 suduteh garam halus
  • 1 sudubesar gula halus
  • 1 1/2 suduteh yis kering
  • 1 sudubesar butter cair
  • 1/2 cawan susu segar (suam)
  • 1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua
  • sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)
Cara-cara
  • Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
  • Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
  • Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
  • Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
  • Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
    Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
  • Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
  • Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
  • Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya.

10 comments:

  1. Salam kak hana,
    waah! menjadi tuh. thumbs up!

    ReplyDelete
  2. Nampak beno kuih omputehnyer, nama pun glamour, terbelit lidah teman menyebutnyer

    ReplyDelete
  3. salam hana...nampak je cam dah sedap...teringin je nak cuba buat...tapi..larat ke nak menguli...

    ReplyDelete
  4. Wah wah wah wah wah... aduhhh sesak napas ni.... aduhhh... cantiknya... aduhhhh... mmm sabor sabor... tarik nafas... lepassss... tarik nafas... lepas... Ya Allah Hana, naper buat mama macam ni? :P

    ReplyDelete
  5. nakkkkkkkkk!!!! akak tgh lapo giler ni!!! dh kol 2, tak lunch2 lg.

    ReplyDelete
  6. Wah!... cantik skali.
    saya pun suka soft pretzels ... tabur ngan sour cream Mmmm sedap.

    ReplyDelete
  7. Nampak senang jer eh kak..agak2 kalo buat banyak2 lenguh tak nak melilit tuh?hehe.. yg dalam buku tuh versi rangup eh kak?

    ReplyDelete
  8. wah pretzel hana memang macam yang jual kat bakeri.
    kalau nanti teringin nak buka bisnes, kakchik rasa bisnes masak ni sesuai sangat.

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah..
    Menarik resipi ini.. Saya selalu beli sahaja disini. Memang makanan tradisi mereka disini..

    ReplyDelete
  10. Menyeru nyeru nampak... nie seru dari Kuopio dah sampai.. ingat nak mintak makan pretzel lembut.. dah abes pulakk... sabor je lah... hehehe

    ReplyDelete