Thursday, April 22, 2010

Taufu Hamburger

request anak bujang.... wat cumil2 jerk! selebihnyer watkan nugget aka nogot nogot nenek abbot! hihihi... sebelum nih tadak ltk taufu, leh tengok sini. yang nih curik sket taufu darwish! lebih sedap! Jom tengok resepi...

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 50g taufu lembut
  • 1/2 biji telur - dikocok
  • 2 sudu besar bawang besar cincang
  • serbuk lada sulah dan lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak @ butter
  • air (dlm 3 sudu besar) - utk steam
Bahan Sos
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar syouyu - leh ganti kicap
  • 1 sudu besar butter
Cara-cara
  • Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali air utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, bulat2kan seperti bentuk humburger. (agak bolat2 n gemok@tebal dr beger biasa)
  • Panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. masukkan hamburger dan balik2kan sehingga 3/4 masak.
  • Masukkan air. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.
  • Utk membuat sos : Satukan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Curahkan kuah sos ke atas hamburger.
  • Hidangkan dengan salad pilihan.
si lion eos dh ready nk terkam!!

9 comments:

  1. salam kak hana,
    sedapnya hamburger! dah lama saya tak beli daging cincang sbb no idea nak buat apa. yum yum, kalu buat camni, mesti sedap!

    ReplyDelete
  2. lapaaa....tibe2 tak sabo nak gi makan....

    ReplyDelete
  3. Alahai..ada daging cincang lagi tak ...nak kena gi check fridge....Hana mak ingatkan goreng karipap hantar kat akak sikit!

    ReplyDelete
  4. salam Hana, wow best ni..kat esbok pun ada daging cincang...boleh buat ni...masuk list yg dah berderet2 tu...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. ok bestt... nanti aku try nih...

    ReplyDelete
  7. salam kak hana..
    comel, mudah n untuk bebudak ni mesti diorang suka kan..copy resepi nihh

    ReplyDelete
  8. ko ni na....saja buat aku meleleh jek tengahari2 buta nii...

    ReplyDelete
  9. to indahouse..
    salam nur...dulu2 pong akak jarang bli daging cincang. tp la nih, mesti nak kene ade lam freezer. coz mcm2 leh buat.. hihi

    to putri aizat..
    nak huluq jauh sgt... maap yerk! hihi

    to k.watierman..
    pagi nih goreng karipap. Jom kak makan! kiter pong tk abes nih mkn kene slow2 kunyah! huhuhuu

    to k.yatie..
    salam kak..samalah kiter kak.. g blog org memanjang manjangkan list! hihihi

    to abbot..
    hahahahaa tol ar bot! klu aku wat nugget, mesti aku sengih sorang2 gak kat dapur ingt nenek ko! kikiki

    to yat maria..
    try jgn tk try... bak aku seketui upah! muahahaha

    to izahdaud..
    salam izah.. boleh.. silalah!

    to k.leeen..
    ala ko kan rajen! wat jerk! kompom ilang leleh tuh! hihihi

    ReplyDelete