Tuesday, August 26, 2008

Marble Choc Cheesecake

resepi nih sebenarnya American Choc.Cake dr dapur k.ummi...tp dh di cheesekan oleh diriku yg tk berapa pandai nk mmarblekannya! hahahahaa....so jd la corak marble yg ntah apa2 ntah! :D tp hasilnyer sodapp....tQ yer k.ummi! tk dan nk wat ganache tuh sbb dh M... hehehe...wat sesapa yg nak silalah tinggalkan pesanan anda d depan pintu umah! klu ada lagik den anto.. klu dh tkde mintak mahapp! hehehe...


Sumber K.Ummi American Choc Cake

Bahan-bahan
Cake:
125 gm butter
175 gm gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telor
35 gm serbuk koko
130 gm air suam
140 gm tepung naik sendiri
Chocolate Ganache
60 gm Dairy Whipping Cream
110 gm dark chocolate

Cara-cara

Cake

Preheat oven pada suhu 180 deg. celcius. Satukan serbuk koko dengan air, kacau sebati. Pukul mentega dengan gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul. Masukkan esen vanila, pukul hingga sebati kesemuanya.

Masukkan sebahagian bancuhan serbuk koko dan tepung, kacau perlahan dan masukkan lagi sebahagian serbuk koko dan tepung. Kacau hingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan baking sheet. Bakar selama 10 - 15 minit.

Chocolate Ganache

Panaskan whipping cream dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Tutup api dan masukkan dark chocolate, kacau hingga sebati.

Bolehlah disapu di atas kek. Boleh juga dibelah dua kek dan letakkan di tengahnya dan lapiskan semula kek. Sapu lebihan ganache di atas kek.

Cheese

Untuk cheese tuh plak campurkan 200g cream cheese,100ml whipping cream, 50g gula, satu sudu tepung jagung n tepung gandum, esen vanilla pukul hingga sebati. then marblekan ke dalam adunan kek td. nk marble ikut suka la.....:)

4 comments:

  1. dah dpn pintu ni... Ina blik mesia nnti nak pindah sbelah umah ya..mengancam betul rupa kek ni..apatah lgi rasanya..

    ReplyDelete
  2. hehehe....dpersilakan wahai kakakku! ada lagik nih! nakkk tkkk??

    ReplyDelete
  3. Uii Hana, kira ok lah! Siap dengan cheese la pulak...leh naik kilo akak nih! Nmpak sedap n moist ek! yum yum..

    ReplyDelete
  4. haah la kak...mmg moist...dh bpe kali ntah cucuk ngan lidi...hahaha...sib baik jd n cedappp! add cheese sbb nk abihkan separuh balance wat cheese tart aritu...tQ kak yer!

    ReplyDelete