Thursday, August 21, 2008

Menu lagik!

ari nih main masak2 ngan ayam! hahaha....sbb hb suruh abihkan stok lama sbb stok br dr tokyo baticrom dh sampai! so klu tk abihkan ayam nih freezer ku ngak muat sih! hehehe.. ayam madu nih my kids suke bebeno! klu mkn bersuap abih dua pinggan! mkn sendri lambat ler! mana taknyer klu bleh nk dihitungnyer sebiji2 nasi tuh! sabo jek la..

ayam percik tuh plak...hasil skodeng aku kat umah k.ummi! tQ byk2 k.ummi! aku main agak2 jek bhn kisar yg k.ummi maksudkan tuh...alhamdulillah menjd juga! hahaha.....tp mmg 1st time nih wat ayam percik letak halba! sedappp! kan k.ummi kan! hehehe....


sticky caramel chicken wings

Bahan-bahan

  • 12 keping kepak ayam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!


ayam percik


Bahan:-
1 kg. ayam (potong 4 keping)
3 cawan santan pekat
125 ml air asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halba
sedikit tepung ubi kayu - untuk basuh ayam
garam
Bahan Kisar:-
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 cm halia
5 batang serai
Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dengan melumurkan dengan sedikit garam dan tepung ubi kayu untuk menghilangkan bau hanyir. Kisarkan kesemua bahan kisar halus dan tuangkan ke dalam kuali. Masukkan ayam, santan, halba dan asam jawa. Gaulkan sebati dan masak seketika. Pastikan rempah sebati dengan ayam. Angkat ayam, panggang dalam ketuhar pada suhu 200 deg. celcius sehingga ayam masak.



salad nih utk aku!

Bahan-bahan ( ikut suka )

  • 100g macaroni
  • 1 tin tuna
  • brokoli
  • asparagus
  • sesudu air lemon
  • garam skit
  • mayonis

Cara-cara

  1. Rebus macaroni sehingga masak n toskan
  2. Rebus brokoli n asparagus yang dipotong serong. Kemudian toskan.
  3. Campurkan semua bahan yg dh direbus.masukkan mayonis,tuna,air lemon n garam skit. Kacau sebati.
  4. Nak pedas skit tambah hirisan chili merah. Dh siap bleh mkn...

simple dish 4 dinner mlm td..ikan masak kicap!

Bahan-bahan

ikan- gaul ngan serbuk kunyit n garam then goreng n toskan.
bwg besar - mayang
bwg putih - mayang
rempah tumis 4 beradik
serai - ketuk
kicap
black pepper
carrot
lada besar - hiris

Cara-cara

> tumis bwg,rempah tumis n serai sampai agak2 layu.
> masukkan carrot n kicap. kacau. klu pekat sgt leh tmbh air skit.
> masukkan ikan, lada n black pepper. kacau rata.
> siap!


No comments:

Post a Comment