Saturday, October 18, 2008

Murtabak Daging Segera

arini mesti ramai yg wat umah terbuka erk! dh nk ujung2 syawal nih mesti korang sibuk nk melantak lagik! hahahahahaaaa... kami kat sini layan murtabak jerk! segera plak tuh! hehehehe sonang kojoo!! :D resepi dr myr...thnx minami.

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

2 comments:

  1. thanks.. suke sgt dgn resepi ni..

    *wat bnyk2 nnti leh mkn sorg2.. hehe

    ReplyDelete
  2. try ariff jgn tk try...org laki mkn banyak tkpe..hehehe

    ReplyDelete