Sunday, November 16, 2008

Bun Inti Kacang Merah n Sekaya

geram tengok bun k.na yang gebu smlm arini aku projek bun jugak ngan anakanda ku yang berdua iteww... si abang mintak kaya, si adik plak nk inti kacang..so aku buat dua2...tp berchinta btol yg kaya tuh...sbb cam susah nak tutup.. nak tak nak aku buat jugak sepenuh ati sbb si abang cakap boleh jek tuh mama... hahahaha... layan jerk la... resepi amik kat dapur k.liza.. thnx k.liza!

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
80 gm gula
11 gm ibu roti [1 paket]
1 s/k pelembut roti
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Bahan C
Inti Kacang Merah
Butter
gula
sosej
kismis

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.
5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Bakar dalam suhu 200'C selama 15-20 minit atau sehingga kelihatan masak.
8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.

3 comments:

  1. tgk umah CMG pon ade roti...sini pon ade roti...nih jadik lapo balik dahhhhh...

    ReplyDelete
  2. to aishah..
    apa lagik..suh la cik BM menjalankan tugasnyer.. hehehe

    to cahaya..
    wat la cahaya...lagi sedap makan panas2 kan? :)

    ReplyDelete