Tuesday, November 11, 2008

Kerepek Almond

dua wajah yang berbeza tapi rasa yang sama! korang rasa nape erk leh jadi camni?? muahahahahaaa ... korang teka la dulu yerk! hihihi... nih kes berjangkit tgk k.masz buat arituh.. tapi k.masz nyer ok lagik wpon cume melekat.. aku punyer tk melekat tapi jadi dua ruper! hihihi jom tengok resepinyer dulu... mmg senang gler nk mbuatnyer! sedap pon sedap! thnx k.yani! :)

Bahan-bahan
  • 30g tepung gandum
  • 70g gula halus
  • secubit garam
  • 60g(2 biji) putih telur
  • sedikit esen vanila
  • 25g mentega - dicairkan
  • 75g almond slices

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul biar rata.
  2. Masukkan putih telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan pula mentega dan esen vanila. Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan almond slices, kacau. Tutup mangkuk dan biarkan dalam 20 minit sebelum dibakar.
  5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Sapukan oven plate dengan mentega atau marjerin.
  6. Ambik 1/4 sudu adunan, letakkan di atas oven plate. Ratakan senipis yang boleh dalam 7 cm diameternya.
  7. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga perang.
  8. Keluarkan dari oven, ketika masih panas letakkan kerepek di atas kayu pencanai dan tekan. Cara ni untuk menghasilkan bentuk melengkung.

2 comments:

  1. haah mmg senang je aishah.. sambil2 tgk tv mkn kepek best juga..hihihi

    ReplyDelete