Monday, November 17, 2008

Nasi Minyak

baru tau cara wat nasi minyak yang betul..selama nih main tarah jerk aku lebur..muahahaha thnx k.ummi coz bg tips n cara yang betul wat nasi minyak.. nak tau kene g dapur k.ummi la yer.. sini hana amik resepi nyer jerk..ampun k.ummi kopipes! :D

Bahan Utama
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air
Campuran Minyak
Cara A:
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar marjerin
Cara B:
3/4 cawan minyak jagung
Cara C: (hana gune cara yg nih )
1/2 cawan minyak masak biasa
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi
Cara E:
Setengah cawan minyak jagung
3 sudu besar minyak sapi
Bahan Tambahan
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.

2 comments: