Monday, December 15, 2008

Muffin Oren

projek malam tadi ngan budak2 nih... huhuuuu tak cukup dong! cume dapat 6 bijik jerk! mama ngan ayah kene buat yg lain... tapi masih berasaskan oren... hihihi... resepi asal pandan muffin. tp sbb xde pandan emulco tuh so tibai la oren yg mmg kebetulan mmg nak perabihkan! huhuuu credit to k.yani! tp telah d ubah suai agar sesuai ngan namanyer... heeeee..... ya ampun kak! :D

Bahan-bahan
  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml jus oren
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil parutan kulit oren
Cara-cara
  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn jus oren sambil di kacau. (tepung-jus-tepung-jus-tepung)
  4. Masukkan parutan kulit oren dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
  6. Sedap makan panas2!

1 comment:

  1. thanks 4 the recipe....its good...!!

    ReplyDelete