Tuesday, May 26, 2009

Mexican Bun

nih roti kegemaran anakanda ku yg berdua itew! dah banyak kali buat.. tp bab topping tuh sokmo tk jd seperti yg dharapkan! cume kali nih agak molek skit dr sebelum2 nih... kira ok la tuh! hahahaha... mekacih k.lily atas resepimu! klu wat roti yg nih mmg licin! mak bapak dpt sorang seketui pon dh kira baik drpd tk dpt langsung! mmg bertuah anak2 aku nih! hehehe sebenonyer wat setengah adunan jerk! heeee

Bahan-bahan
  • Filling
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar
  • Topping - hana rs wat setengah adunan dh memadai topping ni
  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega
Cara-cara
  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

7 comments:

  1. wahhh dah leh bukak bisnes roti mexican ni. bley bankrupt kedai papa roti camni. hehhehehe

    ReplyDelete
  2. tul lah kata jiya...abis le papa roti klu hana bukak kedai.

    psst...leceh nya the steps na. rajin sungguh dia.

    ReplyDelete
  3. to jiya..
    hahahahaa.. tuh kata2 sumbang namanya! ekekekeke

    to k.ain..
    nmpk cam leceh kan kak.. sbb kene wat satu2.. tapi sebenonyer xde la leceh mana... puas dpt buat sendrik! :)

    ReplyDelete
  4. kak..
    nak menuntut skit buleh?
    bab kopi tu..cuba buat ulasan skit...kalu pakai nescafe 3in1 tu buleh ke? pastu..bab bread improver n softener tu..kalu skipkan buleh ke? hehehhe..puas dah daku meround satu maxvalue..x jumpe le pulak..
    roti ni mahal kalu nak beli...dah tu satu x cukup...hehehhehe

    ReplyDelete
  5. salam aida..
    *yup! boleh gune nescafe 3in1. tp sukatan gula tuh pandai2 la ejas yer..sbb biasanya 3in 1 dh ad gula kan.. tp kene bancuh juga ngan skit air panas dulu la.. klu kurang pekat tmbh lg.. sbb klu tk berapa pekat, warna n rasa kurang menarik.

    * bleh skip klu xde bread improver or bread softener. klu ade shortening bleh juga utk lembutkan roti. lagi satu bread improver bleh dganti ngan baking powder. fungsinyer lebih kurang sama.

    * btol tuh! wat sendrik lagi puas! kan kan kan.. selamat mencube yer!

    ReplyDelete
  6. lawa..lawa.. menjadi mcm kt kedai la mexican bun ni. minta pos ke sini 2 bijik..

    ReplyDelete
  7. mintak mahap la halen! udah habissss!! dh jd baja pong! muahahahahaa

    ReplyDelete