Tuesday, June 2, 2009

Spicy Toufu - Chinese Style

fuhhh! sedap sedapp! aku ngan hb peminat toufu! tgk resepi cikwan taipei nih mcm best! tuh yg terai tuh! mmg bestt! cume lada kering tuh aku blend jerk terus! maleh punyer psl! heee.. peh tuh ltk udang kering skit.. mandai2 jek kan aku nih! hikhikhik... tQ yer cikwan! lebiuu! hihihi

Bahan-bahan

1 paket tauhu (sebarang jenis/potong kecil)
6 tangkai cili kering (buang biji dan rendam hgga lembut)
1 inci halia
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih* (*dihiris)
1 sudubesar sos tiram
1/2 cawan air
secubit pati ayam
garam dan gula secukup rasa
daun bawang (jika suka)

Cara-cara

Cincang cili kering sehalus mungkin. Panaskan kuali dengan 1 sudubesar minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili tadi, tumis hingga cili gareng, masukkan air, sos tiram , pati ayam, garam dan gula. Kacau sebati dan masukkan tauhu. Reneh hingga kuah sedikit pekat. Tabur daun bawang. Hidangkan panas bersama nasi putih.

8 comments:

  1. dah lama cari resepi nih....cik hubby kite pon peminta gak nih...

    ReplyDelete
  2. sedappppp!!!!ipo akak rajin buat taufu ni. akak pulak rajin tumpang makan!

    ReplyDelete
  3. mintak jer la taufo tuh... malas la nk pg pasar kalo balik keje nanti ekekeke... menggiurkan lerrr.. ahaksss

    ReplyDelete
  4. to aishah..
    try la chah! sedapp!

    to k.ain..
    akak bila pulak nk rajin buat?? asyik tumpang mkn jerk! ekekeke

    to anawahid..
    weiihh!! jgn males2! wahid suh masak tuhh! kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. sedap nyetgk taufu tuh.. dah lama tak makan.. taufu kat kedai cina tu cam tak best je tgk.. ni yg betambah ngidam nak blk mesia ni..

    ReplyDelete
  6. salam ruhil..
    ruhil kat china yer? lain tmpt lain citarasa taufu ni kan! kat sini semua sedap2! mesia punyer pon tk sesedap yg sini! hikhikhik

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam hana. Resepi kat blog u ni tangkap leleh lah tengok...tak lena tido nih. Mesti nak try n rase. Mohon share ya.

    ReplyDelete