Monday, August 31, 2009

Nasi Ayam Penyet

alhamdulillah arini kita dah sampai ramadhan ke 10! dan alhamdulillah juga aku dberi kekuatan utk bpuasa macam org lain wpon aku tgh sarat nak meletop! syukurrr! arini menu nasi ayam penyet nyet nyettt!! tang mana yg penyet aku pong tak taww lah! rasanya ramai yg dh mencube nasi nih kan! terutamanya yung ijan dan k.nor dan sesapa lagik dluar sana tuh! sesekali ubah selera ngan nasik ayam cenggini best gak erk! nih nasik ayam femes kat indonesia! sebelum2 nih cume ulang tayang nasik ayam madu jerk! kali nih try resepi nih... resepi asal dr resepi4u.com. hana kopipes dr umah ijan! mekaceh jann! sempat ke tak bb merdeka tuh??!! hehehe.... perghhh!! panjang gler resepi nih! tp sebenonyer mudah jerk nk menyediakannya! mcm nasik ayam biasa..... :)
Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik *hana rebus ngan hirisan halia dan juga btg saderi.

  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. - tk buat! ganti begedil!

  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.
nih lauk tambahan belen rempah ayam tuh wat begedil.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


12 comments:

  1. ayam penyet ni mesti kena penyek! ayam oh ayam.. kenapa kena penyet! hehehehehehehehe... sedap sgt ker ayam penyet ni. nampak cam ayam goreng berempah jek. hiks! nak drumstickkk!!

    ReplyDelete
  2. hana mu dah memenyek ayam yer,isk hana ko ni lagi nak meletup lagi ko ghajen,siap ade bronis aje

    ReplyDelete
  3. penyet pon penyetla janji sedap dan kenyang..kekekeke

    ReplyDelete
  4. ohohoho dah memenyek gak ya makyung.. camna best kan..

    ReplyDelete
  5. wah!wah! makin sarat peyut tu..makin sarat gak tabel berbuke!bila la akak yg x sarat ni nak memenyet gak ya :P,.. nampak sedap la ina.. hamzah tulun2 x memenyet tu?? cian ina wat sensorg!

    ReplyDelete
  6. to jiya..
    hmmm... sesekali makan ok la! tuh pong laling akak carik sambal merah ngan kicap! dier wat mcm nasik ayam yg akak buat biasa! hahahaha

    to chikmi..
    hahahaha... nk makan punyer pasai kak! kene buat2 rajen wpon sebenonyer tk rajen! kikiki

    to cikwan..
    ko bila nk memenyet plak chahh?!

    to k.nor..
    hehehe... sudah bukk!! sedap jugak! tp hmzah still carik mana sos merah ngan kuah kicap cam nasik ayam biasa tuh! kikiki

    to nurkasih..
    hahaha...tabel lom sarat kak! ciput jerk tuh! hihi hamzah tau makan jerk! lgpon dier bz..tkpe la.. kita kan isteri mithali! kikiki

    ReplyDelete
  7. ayam penyek kakakaka....(nie gelak ttp mulut erk) da beberapa hari tak jengok umah kak.skali p meleleh beb ayak liur nie.tuan umah hidang nasi ayam.feberek tue....kak nasi ayam satu!!!!!ayam n sambal lebih yek...

    ReplyDelete
  8. lapo pulak tgk ayam penyet ngko ni yung, dh la sahur td x mkn minum jer... eksen!!!.. pdan muka aku!!!..huhuhh

    ReplyDelete
  9. Wee...makyung ni duk memenyek ayam pulak..kejam ko Hana..hehee..Jeles ni ko x hantar kat akak pun nasi ayam penyet tuh! Tp, bila baca, xda kena penyet pun ya Hana, mmg perap je eh..bukan masa makan kena penyet2 dulu ke? wakakaa...

    ReplyDelete
  10. tang sambal belacan tu yg tak tahan tuuu!!!! mintak sikit!!!!

    psst...bila due ni..??? masih rancak memasak lagi tu!!!

    ReplyDelete
  11. adus... terlior lak tengok ayam penyet ni... mesti sedap punya ni..

    ReplyDelete
  12. to eiyna..
    ko mmg nk kene penyek gak nyer! huh! abesss laaa... dh masuk jamban! wakakaka

    to anawahid..
    diet la kunun2 tuh yer! mmg padan la muke ko! kakakaka

    to k.ummi..
    ontah la kak!! ms bila memenyet ayam tuh kita pong tak tau asal usul! kita tau makan jerk! kikiki

    to k.ain..
    lambat lg la k.ain..ikut tarikh scan tuh 9/9.. tp manual date 14hb. nih dh 38weeks tp bb tk nk kuor lagik! huhuhuu

    to mulan..
    sedap gak! try ler... sesekali layan tekak ke'indonesia'an! hehehe

    ReplyDelete