Friday, November 6, 2009

Lemon Chicken - Chinese Style

suker rasa lemonnyer... klu nk buh serbuk kari pd sosnyer leh tiru idea yg nih! tgk sini yer! tp dh tk jd chinese style! jd mamak n melayu stail! hihihi... ppon pd yg suker lemon mmg sedap! thnx mimsienas atas resepinyer!

Bahan-bahan
  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair- hana guna syouyu
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)- x ltk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)- hana buh sebijik!
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak- hana gune butter
  • Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.

10 comments:

  1. Dah ...mula dah....resepi2 baru dah mula keluar....Darwish..hari ni minta Mama masak ayam yer!

    ReplyDelete
  2. Lemon takde kat umah ni, ganti ngan jus limau boleh lah yer..suka beno menderhaka respi dr cikgu Hana ni..he,he..

    ReplyDelete
  3. waduh hana...dah terliur akak ni baca bab sos lemon tu!!!

    ReplyDelete
  4. macam nak try je rasanya hihihi...
    bahan2 ada cuma kerajinan je blm ada...

    ReplyDelete
  5. berair dah mulut kak ima ni, tengok ayam tu dan baca bahan2nya...cam senang je nak buat...insyaallah kalu rajin nnt...tapi hana,boleh makan dgn nasi gak ke???

    ReplyDelete
  6. to k.watierman..
    ngada taw akak nih! haah! arini darwish mintak ayam! sok dier dh order kerbau! lusa kamben! tulat lembu! ekekeke

    to noorma..
    hahaha..sukati ko la makyung! aku pong derhaka resepi owang gak tuh! hahaha

    to k.ain..
    baru baca dh terliur! blom lagik rasa kan kak??! ehehe

    to k.suzi..
    try kak jgn tk try! sedap tuh rasa masam2 lemon! meh kita fuhh fuhh sket angin rajen akak! hehe

    to k.ima..
    boleh kak! kita makan ngan nasik la nih! hehehe...ratah pong sodap!

    ReplyDelete
  7. ishhh...tak lama lg penuh lagi umah hana ni dgn bermcm2 resepi. kena plak ngan lemon2 ni...masam2 manis...terliur!

    ReplyDelete
  8. kompom sadap neh... klu dpt makan pree lagi sadap ni...mujur jauh,klu tak wat muke tebal je la tumpang makan eheheee

    ReplyDelete
  9. SALAM HANA.
    Masakan hana memang nampak sedap. Telan air liur dah kakchik tengok. Tak tau bila nak cuba buat sebab lemon susah nak dapat kat sini. InsyaAllah kakchik nak cuba juga satu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. Alahai cedappnye!!! dah habes pantang ye kak..heheh

    ReplyDelete