Saturday, December 26, 2009

Bebola Kentang Berinti Keju

untuk santapan korang sepanjang kitaorg bercuti... amik la yer sorang seketui! nih aku wat utk ngonyel2 lam perjalanan nanti... maceh wat dik jiya aka pengembala kamben yg cun melecun tuh! jarang2 pengembala kamben cun! kehkehkeh.... keju paler lembu tadak! nih keju lembu tadak paler! hihihi.... resepi bleh juga lihat di my.resipi.

Bahan-bahan
  • 300g kentang kukus, lecek halus
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh serbuk pala
  • 1 sudu makan mentega tawar
  • Minyak
  • Bahan inti:
  • 22 ketul kiub keju
  • Bahan pelapis:
  • 2 biji putih telur, pukul ringan
  • 100g serbuk roti kasar berwarna oren
Cara-cara
  1. Kacau rata bahan kulit
  2. Ambil sedikit adunan. Leperkan. Intikan dengan kiub keju. Bentukkan bebola
  3. Gulingkan dalam serbuk roti kasar. Celupkan ke dalam putih telur. Gulingkan lagi ke dalam serbuk roti kasar.
  4. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak.
  5. Kalo tak jumpa kiub keju, leh gantikan dengan keju lain yang boleh mencair yer. Nak letak lain sebagai inti pon boleyyy!! Jangan letak batu sudaaa..

4 comments:

  1. errr comel je bola keju ni:)
    kite punyer beso badak je..

    ReplyDelete
  2. Uish...sedapnyaaaaaaa! :) Nak sikit kak! hehex...

    ReplyDelete
  3. alaa jan la ckp cun melecun... malu aii... cakap comel suda... wakakakkaka! king dah kena ban makan potato dah.. kena batu karang lak..

    ReplyDelete
  4. to mummyseri..
    tkpolah! mulut org sana beso2 kot! hihihi

    to love2cook..
    alamak! kene wat sendrik la love! udah jd baja! hehe

    to jiya..
    uwekkss!~ nk muntah purple aku ghase! hahaha...nape nape..mkn kentang batu karang ker???

    ReplyDelete