Thursday, January 7, 2010

Sardine Roll

menu di kala petang yg sejok! makan panas2 mmg terangkat beb! dah sejok pong sodap jugakk! resepi nih lama gler aku menyalin dari taun 2008 masa mmula noorsha post kat myr. tp kat mana aku salin aku pong dh lupa.. sib baik la ade pakcik google kan! sonang kijer aku! kikiki... rasanya ramai dh mencube nih! maceh er noorsha! inti tuh akak tuko tuna. maklom ler stok sardine amat ler terlalu berharga buat aku memandangkan tinggal setin! hahaha.... doh pastry tuh akak tambah gula skit! mintak ampon aku tmbh suka hati! ngeeeee... ppon thanx again sha! akan ku buat lagik dan lagik memandangkan laku beno pasaran aku arini.. kehkehkeh

Bahan-bahan
  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • hana tambah gula - 2 sudu kecil
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin- hana gune tuna
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (bleh tambah kalau nak pedas)- hana gune cili kisar
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Untuk Pastri
  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
  7. Untuk Inti
  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  13. Tumis hingga betul² garing.
  14. Cara menyediakan Sardine Roll
  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  18. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

13 comments:

  1. Salam kak hana,
    Ala, sukanya tengok sadin roll nih! Teringat zaman saya blaja-blaja wat sadin roll ni masa ERT kat skolah.
    Huhu, nak seketul!

    ReplyDelete
  2. Sedap tu.....akak pun stok terhad gak...ada setin jer lagi sardin...nak wat lauk ke nak wat inti....lain kalilah wat inti...kehkehkeh...cam rajin sgt nak wat!!

    ReplyDelete
  3. laaa ingatkan akak jer yg lama peram resipi ni dlm list..ermm duk terpikir gak nk buat, dua hari lepas baru g beli sardin.. ulang lagi sekali sardinnnnnn ya hehehe

    ReplyDelete
  4. nak sikit...nak buat minum petang ni! air teh dah siapp..hihi

    ReplyDelete
  5. nak...tukaw..tukaw yer..tp xnk yg dah gigit tu ekkk..:)

    ReplyDelete
  6. to indahouse..
    slm nur..bestnyer ade blaja msk2 kan.. akak dulu pong cium bau kat opis klu student2 akak msk..hihihi

    to k.watierman..
    akak stok abes bleh bli stat injin kete jerk! kiter???? huwaaaaa...

    to k.nor..
    eeeeeeeeee nyampas btol! jap lg kilang sardin tutupp! kekeke

    to k.ain..
    boley boley..silalah amik sepiring tuh! mkn sambil goyang kaki er.. hihihi

    to emilia..
    tuh bukan geget yang! cume patah dua jerk! tanak gak ker?? hihihi

    ReplyDelete
  7. Aik, itu copyright sudaaa tukar eh... letak munge cenggitu kiut gak.hehehe

    ReplyDelete
  8. heheheh...patot pun ade orang ketuk pintu umah nak mintak sardin roll tadi... time kasih k hana coz sudi gak menerai resipi nih ea...resipi ni kite simpan dari zaman skkolah lagi mase experimen kat dapo ERT...hohoho!~ lame tol nko wat pekasam resipi nih kak....hihi!~

    ReplyDelete
  9. kakchik suka. suka makan yg sejuk.

    ReplyDelete
  10. to blogresipi..
    eh! kan dh tunjuk masa rasmikan kelmarin.. tk perasan er?

    to noorsha..
    itu ler! sib baik resepi tk basi! hahaha.... maceh er noorsha! sedap neh!

    to kakchik...
    yg sejuk pong masih rangup dan lembut! kita pong suker gak! sedap kan kak!

    ReplyDelete
  11. salam...kak hana, sy silent rider akak.. nak tnye camner nak wt copyright tu.leh ajar tak?

    ReplyDelete
  12. to fuzidss..
    skamat mencube! :)

    to snail hill..
    slm snail..akak tempah watermark tuh ngan jiya@14sept. klu snail nak, leh la hubungi or email ngan dier.. akak dh bg link dan alamat email dier kat n3 yg lepas. murah jerk dont wori.. hehehe

    ReplyDelete