Wednesday, February 17, 2010

Goma Tantan Men

salam pagi rabu... arini laling aku stat xde sampai sabtu! huhuhuu.. sedey btol kene tinggal time kitaorg tgh srettt sroott srett sroott... xde owang nk tulun suapkan obat! manja2 gtu! ah! ngada btol mokcik nih! hahaha.. jom ar mamam men neh! ade belen sepeket men aritu bli, aku try la wat mee jepong nih! percubaan jerk! klu sedap nnti laling balik, leh watkan lagik! hihihi... selalu tgk kat tv diorg mkn slurp slurpp! cam sedap jerk! mmg betol sodap lah!! lain dr lain! nk buatnyer pong xdelah susah! sonang jo... tp aku buat kurang pekat la paste goma tuh sbb main agak2 jerk! hihihi... sesapa suka bijan(goma) pasti akan suka mee nih! resepi amik dr my.resipi oleh k.hani yokohama. tenkiu kak! mabelesss! *wink! wink! hehehe.. utk keterangan lanjut resepi nih sila lihat di my.resipi yer! kang korang konpius plak apa mende alah bhn2 tuh!

Bahan-bahan
  • Mee kuning - cukup untuk 4 serving
  • 6 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • a) bahan untuk sesame paste
  • - 6 sb bijan putih
  • - 3 sb syouyu (kicap jepun)
  • - 2 sb gula
  • - 2 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 1 sb halia cincang
  • - 1 sb green onion cincang
  • b) bahan untuk "gu"
  • - 200gm beef mince
  • - 100gm chicken mince
  • - 1 sb tou-ban-jyan (boleh ganti dgn cili paste)
  • - 2 sb syouyu(kicap jepun)
  • - 4 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 3 sb minyak masak
  • - 2 ulas bawang putih dicincang
  • - 1 sb halia cincang
  • - 3 sb green onion cincang
  • c) bahan untuk hiasan
  • - 3 sb bijan hitam
  • - shiraga negi (fine strips of white part of long green onion, rinsed in water and drained)
  • - mizuna (boleh guna sawi atau spinach yang dicelur)
Cara-cara
  1. Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
  2. Kisar sesame sehingga halus dengan suri-bachi(seperti dlm gambar), campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi paste. masukkan bahan lain di a) dan gaul.
  3. Panaskan minyak dalam chinese wok, goreng daging mince sampai lerai/peroi. Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
  4. Masukkan garlic, ginger, green onion dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
  5. Didihkan air dan celur mee beberapa minit sehingga masak.
  6. Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian goma paste, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mee.
  7. Topping dengan "gu" dan bahan untuk garnish. tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu atau "suri-bachi"
  8. note: ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. banyak digunakan dalam chinese food. kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah cili paste mengikut kepedasan yang disuka

6 comments:

  1. Salam Hana, lain dari yang lain, kena cuba ni ya...

    ReplyDelete
  2. a'a...cam bestt jerr perlu cuba nihh...

    ReplyDelete
  3. Mak aii Hana....banyaknya bahan2 tu.....Akak nak rasa kat sini jer lah!

    ReplyDelete
  4. to treat n trick..
    salam kembali.. cubelah! pasti akan rasa kelainannyer.. hihi

    to ct nurmarlissa..
    try dulu yer.. kang klu best bgtau! klu tk best diam2 ajer.. hihihi

    to k.watierman..
    cube k.watie belek btol2! tenung satu satu sampai ke pelusuk dan cube bayangkan! kekeke... bhn2 tuh sama jerk kak! cume biler di asing2kan jd mcm byk gtu!

    ReplyDelete
  5. kalu lama duk nippon leh ler menerai nih...cam sodap je...

    ReplyDelete
  6. ala blk mesia bleh buat juga... try la sha... sedap jugak!

    ReplyDelete