Friday, March 19, 2010

Ayam Kukus Sos Nenas

menu nih menyambut kepulangan en.asben ku semalam... cam janji pulak ngan cikjah menu yg sama.. ppon ayam nih syedaapp sgt! dan berkhasiat! tak rugi aku masak setengah ekor ayam! melantak btollll! hihihi..... anak2 ratah jerk tk mo nasik! hubby aku tok sah tnya lah! sampai umah dh rindu masakan isteri (yer ker yang??) sedap ker tk sedap ker, dier main hangguk2 jerk! aku wat kurang pedas, sbb tuh anak2 aku mkn penoh selera... ppon maceh banyak2 mat@matgebu! kang aku upah sekor ayam jepon kat simpang g benut tuh yer! kikiki.... mintak halal cnp resepi ne yo mat!

Bahan-bahan
  • 4 keping bahagian peha ayam - hana wat setengah ekor ayam
  • 1 batang serai, hiris halus dan cincang*
  • 1/2 biji bawang besar, didadu halus*
  • 4 biji cili padi, cincang halus*
  • 1 1/2 halia, diparut*
  • 3 ulas bawang putih, diparut*
  • 2 pelepah daun bawang, hiris halus* - hana tk blend
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
  • 1/2 biji cili merah, dadu halus
  • 1/2 biji bawang besar dadu
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1/3 camca teh gula
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

9 comments:

  1. salam chef hana ;), agak2 kalau ayam tu dibakar sesuai tak utk resepi ni?

    ReplyDelete
  2. kecur tgk ayam kukus nenas tu...
    manis2 ker sos tu hana?

    ReplyDelete
  3. serius! ngences tgok ayam akak ni!hahaaha

    ReplyDelete
  4. sedapya kak...
    nasib akak jauh, klu dekat, tanpa segan silu sy dtg rumah akak tuk merasa

    ha ha ha

    ReplyDelete
  5. to deliah del..
    salam del.. biler masa aku naik taraf nih erk?? apesal aku tk tau.. kekekeke... bleh kot! tp klu wat kukus teramat ler sedap! try la mana2 pong del... kang bg ler feedback!

    to liyana.s..
    haah.. manis2, masam2, pedas2, ishhh secukup rasalah! besttt! hihi

    to ummie..
    ngences la kat situ diam2 yer! sbb ayam dah abes! kekeke

    to syuq..
    igtkan klu dekat pong masih nak gune dapur mamak lagik! kekekeke

    ReplyDelete
  6. Ye lah kan, rindu masakan is3, tu lah pasal pompuan kena pandai masak, tul tak hana, kalau bibik yg masak, sah2 dia balik rindu pada bibik's..hahaha...mati lah kena carut's lagi...

    ReplyDelete
  7. Looor cepatnya ayam Mat ni sampai ke jepun lak...ish ish..sedap ya Hana? Ko pakai ayam pencen ke ayam dara..bila pulak la akak nk buat nih! Alamat x kurus la badan..giginya kurus asyik gegett ayam jek..hehe

    ReplyDelete
  8. to matgebu..
    tau takpe! suh bini ko pandai masak! ko pencen takyah masak dah! kang ko g jauh, takkan nak rindu ngan piyuk plak! tak sesuwaii! kehkehkehkeh

    to k.ummi..
    sedap kak! try la... kiter gune ayam bujang! kihkihkihkih.. alaaaa takpelah kak! geng ngan kiter! asal abg sowang tuh suker kira ok la tuH! hakhakhak....

    ReplyDelete
  9. olahan Hana Memang Menarik. Stock Nenas ada ni..esok pagi pagi nak perap ayam

    ReplyDelete