Friday, October 22, 2010

Daging Masak Bali

sejak balik coti2 nih asyik masak bodo2 jerk.... dah kene perli ngan en.hubby la nih... hahaha... penah makan skali aritu daging bali nih.. sedap banget! tuh yang godeh2 resepi... alhamdulillah hubby pong ckp sedap! cewwahhh masuk bakul arini.. hahaha... Jom tengok resepi.. tak dpt g bali, makan lauk bali pong jadi laaa...

Bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging - rebus dan hiris kecil
  • *6 tangkai lada merah @ cili kering
  • *5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji buah keras
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • *1 sk jintan manis, putih, dan ketumbar
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji tomato - belah 4 atau cincang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula merah@gula melaka
Cara-cara
  • Tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan tomato dan air asam. Kacau.
  • Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis. Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi hangat.
  • Untuk bumbu nih leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan. (klu ikan, goreng biasa dulu)

13 comments:

  1. kak hana...tengok bahan2 pun dah tau sedappp...jap lagi gi tesco nk beli daging la...tapi akak kasi mas rasa dulu daging tu sikit...tak kenyang lagi ni, tadi gi rumah izah dapat kaki ketamm jer...ha..ha..

    ReplyDelete
  2. haaa... ni daging masak bali yg ina cakap aritu masa k.nor buat ayam masak bali ek.. jom... ke bali!!! haha

    ReplyDelete
  3. Salam Hana,
    Sedapnya lauk daging mcm ni...takyah pegi Bali, mkn daging Bali pun jadilah...mmng sedap tu....masuk list lagi ni....

    ReplyDelete
  4. slalu buat sambal bali ni time raya. makan dengan nasi impit. sodap!

    ReplyDelete
  5. looo..lambat kuor, semalam dah mendaging daah..tapi buat sambal daging bodo2 jek. kak hana, kalau tak de daun salam epek dak kesedapan dan keummpphhh an nye tu?

    ReplyDelete
  6. Salam hana. Lama sangat rasanya kakchik tak singgah kat sini. Hari ni macam terbau-bau kewangian masakan daging ni. Kalau makan dengan nasi panas mesti bertambah ni. Dah lama kakchik tak masak lauk daging.

    ReplyDelete
  7. bila ye nak cuba resepi nih? mcm menarik jugak nih...

    ReplyDelete
  8. brutal2 betul kakak2 blogger ni..tadi singgah umah kak izah,die msk ala siam.. singgah umah makcekkk masak bali lak... pe lagi kak hana,mangkuk kt dapo tu kosong tu,isi byk2 pastu pos sini,lallalalallala.....

    ReplyDelete
  9. salam hana,
    kalau hana cakap sedap, mesti nak try jugalah daging bali ni..

    ReplyDelete
  10. waacha...mana si bruce Lee tembam tu kihkih...nanti nak cuba jugak la daging masak bali ni..ubah selera:)

    ReplyDelete
  11. oooo ,ade yek resipi cenggini hihi

    lagi nak ckp

    ReplyDelete
  12. akak..
    mmg sedap daging ni..-ni intro
    emm..suami akak adik beradik ke dgn ustaz zamri mari mengaji ye?

    ReplyDelete
  13. Hana, kenapa dipanggil Bali?

    Kalau akak masukkan ayam, maksudnya ayam tak perlu rebus kan?

    ReplyDelete