Showing posts sorted by relevance for query banana split. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query banana split. Sort by date Show all posts

Monday, January 26, 2009

Banana Split

akhirnyaaaaaa....... alhamdulillah! dapat jugak merasa tekak nih banana split idaman kalbu! tk dpt mcm yg kat kedai yg mcm ni pon jadi la....hahahahahaaa... ntah apa2 la mek hana ni erk! hehehehe

hb : 'puas tak?'
aku : sambil makan sengih memanjang sampai ke tinge....heeeeeee...
DD tgh main games : 'mama makan apa tuh?'
aku dpn tv membelakangkan diorg: 'mama makan banana!' - sbb tau diorg mesti tk suka bila sebut banana! hahahaha... kedekut btol mak dier nk kongsi aiskerim tuh! kakakakakaaaa....

Sunday, January 25, 2009

Aiskrim oh aiskrim!

borak2 d malam hari sambil nengok tv!
aku : 'yang...yang.... cam terasa nak makan banana split la......bleh tak tlg blikan banana ngan aiskrim!' - sebenonyer td tgk k.hazila buat! hahaha...
hb : 'sejuk2 cenggini wat pe nak makan aiskrim.. tak elok la! lagipon abg malas nk kuar...sejuk kat luar tuh!' muncung sedepa dh aku....
aku : 'ermmm nanti kang........'
hb : 'aaaa yer la yer laaa......'
hbku bingkas bangun.... hahahahahaaaa.... yea yeaaaa......

beberapa minit kemudian..ting tong.... yeaaaa yayang dh blk!
aku : ' laaaaa...mana pisang?!'
hb : 'pisang xde la....dah abih! sok jerk la abang blikan kalau ada...'
huhuhuuuu... sedey.... takpe la... makan jerk la aiskrim nih! sodap jugakkkk! syian kat hbku! ampunnn yang..... mekacih! mmuahh! i lebiu! heeeeeee......

Wednesday, May 12, 2010

Homemade Ice Cream


fuhhhh lega dapat buat aiskerim sendrik! aku nak bli, laki aku tak kasi! merajuk punyer pasal aku buat sendrik! cam budak2 la kan! kasi putarrrrrrrr tgh2 mlm sbbnyer nak makan esok! huh! buruk perangai! hahahahaa.... lantaklah! janji aku pueh ati! muahahaha... nak tgk tekstur yg halus mulus g tengok kat blog ct@BCP! perghhh mmg mabelesss! akunyer nih kes mls nak putar berkali2! klu putar lagik kompom halus! ppon dah selamat anak2 aku berebut2! resepi asal dr my.resipi. bleh tgk video sini. dan percaya atau tidak ice cream bleh dbuat dalam masa 3-5minit sahaja!!! Jom tgk sini pulak!

Bahan-bahan
  • 100 gm gula caster - hana guna gula biasa jer
  • 300ml susu segar penuh (whole fresh milk)
  • 300 ml double cream/fresh cream/whipping cream
  • 4 biji kuning telur
  • 3 sudu besar serbuk koko - perisa coklat
  • esen vanila - nih hana tambah
Cara-cara
  1. Panaskan susu tp jgn smpi mendidih.
  2. Sambil dipanaskan,pukul kuning telur + gula hingga kembang putih utk elak dr bau hanyir. (hana masukkan esen vanila)
  3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit ke dlm adunan kuning telur smbil tgn mengacau dgn menggunakan whisk/handmixer tanpa henti.jika tidak,adunan telur tidak sekata.Kemudian masukkan adunan ini ke dlm periuk kacau hingga agak pekat dgn api yg perlahan.. Masa nih buh skali koko atau perisa pilihan. Angkat dari api. Masukkan pula cream. Kacau sebati. (Seeloknyer gune whisk atau handmixer. blender pong boleh!!)
  4. Lepas siap adunan,masukkan ke dlm peti ais selama 3-5jam atau separa ais,kemudian keluarkan n kacau@mix lagik hingga separa ais tu bercampur semuanya.kemudian masukkan kembali ke dlm peti ais hingga beku. bila nak mkn,keluarkan ice cream selama 5-10 minit hingga separuh lembik dan scoop dgn menggunakan scoop ice cream.
  5. KAEDAH DUA (mudah dan cepat!!)- Masukkan adunan tadi ke dalam plastik.Kemudian ikat ketat. Dalam plastik lain yg agak besar dr plastik adunan td, masukkan kiub ais, air dan juga garam. Masukkan plastik adunan tadi dan goncang2 selama 3-5min. (bergantung bape banyak adunan ice cream). keluarkan dan siap dihidang.
RESEPI BANANA SPLIT CRISPY
Bahan-bahan
  • Aiskerim Vanila @ sebagainya
  • Pisang - potong
  • Whipped Cream
  • Cornflakes - perisa original (hana xde stok, coklat jerk ade)
  • Coklat Hersheys
  • Kacang panggang cincang@coklat rice or etc
Cara-cara
  • Sediakan bekas. Isikan cornflakes. Scoopkan aiskerim ke atas cornflakes. Siramkan coklat hersheys. Taburkan kacang panggang. Hiaskan dengan slice pisang dan juga whipped cream.Siap dihidang.