sedap biskut nih! resepi k.yani... wat skit jerk sbb sayangkan hawflakes yang tk berapa nk byk! ehehehehe...mana taknyer anak2ku sepeket2 dia bedal.... sib baik ada lagik tuk wat sekut! eheheehe... mekacih kat k.yani 4 dis recipe!
Bahan-bahan
Cara-cara - 140g butter- suhu bilik
- 70g gula halus
- 1 biji telur
- sedikit esen vanila
- 200g tepung
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 5 pek haw flakes
- Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
- Masukkan gula pukul sehingga putih.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila. pukul sehingga sebati.
- Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam no.3.
- Lepas tu masukkan pula haw flakes. Buka sekeping-sekeping. Kacau biar semua bergaul rata.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Buatlah bentuk bulat dan memanjang. Lepas tu balut dengan oven paper. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.. (atau sehingga keras utk senang dipotong)
- Potong setebal 7mm. Kemudian bakar selama 15 minit dgn suhu 180C.
No comments:
Post a Comment