Sunday, September 14, 2008

Singgang Sotong


bestnyerrr.....dh lama tk msk singgang! buka kali nih selera tambah plak ngan sambal belacan! ermm.....bestt!! mekacih kat k.nor coz share resepi nih... nk kopipes yer kak! ampunnnnn.....:D

Bahan-bahan

  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  2. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  3. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  4. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
  6. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

No comments:

Post a Comment