Sunday, October 26, 2008

Cucur Badak

tadi tengok mamafami wat cucur badak nih...terliur la plak menengoknya! kebetulan ada balance keledek yg aritu danish cabut so apalagi wat la projek nih. mmula cuak juga la sbb sblm nih org kata gune keledek jepon tak leh nak buat.. tapi blum cube blum tau... ehehehe alhamdulillah menjadi.. sedap u! danish pon suka suh mintak wat bento esok... huhuuuuu sib baik wat banyak n frozenkan... so esok tak fenin nak masak apa.. hahaha... resepi amik kat myr by quinie.

Bahan-bahan

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
  5. cara buat inti (sebenonyer kita gune inti serunding my mum coz mls nk buat.. ehehehe)
  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.

No comments:

Post a Comment