Bahan:-
500 gm udang (dibersihkan dan buang urat belakang, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit) - yg nih hana maleh nk buang kulit. hentam saja! :D
3 tangkai cili merah (cincang halus)
3 tangkai cili hijau (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang)
1 inci halia (cincang halus)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap cair
minyak untuk menumis
sedikit garam (jika kurang masin)
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu sehingga bertukar warna kemerahan (jangan terlalu lama, nanti udang terkeras lak). Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan cincang hingga garing dan naik bau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Kacau sebentar dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment