Wednesday, December 3, 2008

Bubur Ayam

kat alam cyber pon leh dapat penyakit berjangkit erk! arini rakyat kat umah nih semua tk sihat kecuali aku! alhamdulillah... danial mlm tadi panas bdn.. mak dia tk lena nak tdo sbb tuamkan bdn dia.. abg danish lak batuk2.. en.hb plak mmg dr semalam tk sihat.. arini projek g klinik.. n menu biasalah, dah tentu menu org sakit... alhamdulillah selera diorg makan tadi.. resepi bubur mak yung iza. pastu aku wat sambal tumbuk ikan bilis dari dapur k.masz.. satu lagi variasi sambal ikan bilis yg biasa aku masak selain resepi kak G.

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  • telur masin

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....(jgn tak tau org Batu Pahat! hehehe aku ler tuh! :D n yg seangkatan denganku k.zana,kak.G,anawahid....)

3 comments:

  1. bestnye nampak bubur nih...mkn panas2...
    bilis ngan kacang tu ok ke utk danish?kalu kat umah nih sure batuk bersambung2...

    ReplyDelete
  2. bilis tuh pedas.. anak2 tak makan. mak budak ngan bapak budak jerk yg makan. kacang tuh pon danish tak makan. dia cuma makan ayam jerk.

    ReplyDelete