Thursday, December 11, 2008

Choco Mousse Brownies

alhamdulillah lagi skali kerna akhirnya dapat jugak buat mousse k.yani nih... sebelum nih penah buat tapi tak menjadi sbb gune serbuk agar2. kali nih buat menjadi sbb dh ade stok gelatin halal yg dikirim ehsan oleh aishah. thnx sha! n thanx k.yani atas resepi mu yg boleh menaikkan lemak2 dalam badanku! hahahahaaa... sedap punyer pasal tak mo pk pasal kandungan lelemak! muahahahaaa.... best! mabeless! heeee... mousse wat setengah adunan jerk coz nk bg menten. n konon2 dh plan awal2 nk wat deco atas tu sebelum tabur coco tapi dh terlupa daaaaa.. hahaha layan jerk la yg ni yerk!

Bahan-bahan ( 18cm )
  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse *hana wat setengah adunan
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus
Cara-cara
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. P ukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan de ngan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, bo leh dihias dengan serbuk koko dipermu kaan mousse.

5 comments:

  1. wahhh... brownies brownies ni... kang akak jadik brown kang.. huehuehue. cikittt...

    ReplyDelete
  2. jadi brown tkpe...jgn jadi 'bruang'! wakakakaa....

    ReplyDelete
  3. erk..choccies....oh tidakkkkk!!!! :P

    ReplyDelete
  4. uikkkk...nih mmg yummy nih...bak sepotong...geram nengok...tak pernah mkn lagi nih...nanti balik nanti baru leh cuba...dah nak cuti daaaaa...ari sabtu ke tokyo...ronda2 narita esoknya...ari isnin baru ke KLIA...cari stok niiiiii...

    ReplyDelete
  5. to catlina..
    jangan katakan TIDAK nnti bb kata YA! hahahahaha.... :P

    to aishah..
    sedap glos aishah! hehehee syoknyer org tuh dh nak blk erk.. hangkut byk2 jgn tk hangkut! merengkek la jwbnyer blk sini nnti yer! hihihi

    ReplyDelete