Tuesday, December 16, 2008

Nasi Tomato Ayam

sebelum ni wat nasi tomato biasa la kan... arini try resepi kakfida.. just tmbh ayam jerk dlm nasi. ayam tuh kalau ade rasa rempah2 skit maybe lg best! tapi nih sedap juga.... hb pun td wat bekal. sedap la tuH! thnx kakfida....

Bahan-bahan
  • 1 kg beras basmathi - cuci dan toskan
  • 300 g ayam/isi ayam - potong kecil
  • 1100 ml air
  • 8 biji tomato buah - dicincang halus
  • 4 sb tomato puri
  • 1 1/4 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan minyak sapi/majerin
  • garam secukup rasa
  • BAHAN KISAR:-
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 1 ibujari halia
  • BAHAN PENUMIS:-
  • 8 kuntum bunga cenkih
  • 8 biji pelaga
  • 3 inc. kulit kayu manis
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • BAHAN HIASAN:-
  • daun sup/bawang,bawang goreng,gajus goreng
Cara-cara
  1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.*hana rebus ngan halia, btg saderi, garam, kiub ayam skit.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan pila air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam tanak.
  4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.
  5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang...

2 comments:

  1. Salam Hana,wow..rajin nyer wat nasi tamato...telan air liur ler tgk gamba....teringin...tak per la..next time nak copypess hana nyer resepi yek...

    ReplyDelete
  2. salam k.intan....nasi nih mudah nak sediakan..klu ppagi bgn tuh sempat ler siap sblm hb g skool.. hehehe sila la k.intan..amik jerk mana berkenan.... :)

    ReplyDelete