Bahan-bahan
- 2 ekor ikan patin - elok yang sungai punya (saiz sedang) - sini mmg xde ikan patin!
- 12 - 14 tangkai cili padi - ditumbuk
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk
- 2 inci kunyit hidup - ditumbuk
- 2 cawan tempoyak (akak guna 1 cawan tempoyak agak lama (masam sikit) & 1 cawan tempoyak baru sikit, kalau tempoyak baru semua, kena letak 1-2 kpg asam gelugor)
- 1/2 batang timun taun (timun tua yang berwarna coklat gitu) - hana gune timun biasa jerk!
- 8 - 10 tangkai daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan - belah 2
- 2 cawan air untuk kuah secukupnya (jangan terlalu cair)
- garam secukup rasa
- gula (optional) - kalau terpedas sangatlah
Cara-cara
- Ikan dipotong dan dibersihkan. Kemudian diperap dengan garam dan limau nipis lebih kurang 20 - 30 minit. Bersihkan semula dan toskan.
- Timun dibelah dua dan dibuang biji tengahnya dan potong 1/2 inci tebal. Bersihkan dan ketepikan.
- Masukkan bahan tumbuk dan tempoyak dengan 1/2 cawan air dulu ke dalam periuk. Renehkan sebentar agar cili benar-benar masak.
- Bila telah mendidih, masukkan air untuk kuahnya beserta timun taun.
- Biarkan timun masak bersama tempoyak dahulu hingga 3/4 lembut dengan api sederhana perlahan. (timun ni agak keras jugak)
- Kemudian masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar biar kantan lembut.
- Masukkan ikan patin dan kacau sesekali sahaja. (ikan patin cepat masak dan mudah hancur jika selalu dikacau). Boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mereneh dan letak garam secukup rasa.
mak aiii sedapnye...buat org telan air liur je nih akak...bak ler cikit....huhuhuhuuu...tempoyak tarakkkkkkk......
ReplyDeleteuiksss...sama la menu kita hari ni hana...abg mawi masak patin tempoyak tghari td...huh..akak makan 3 ketoi ikan tu...hana wat kembong pun sedap gak..
ReplyDeleteteringat masa mengandungkan Ismail(anak no.2)...suka sgt lauk ni...
ReplyDeleteto aishah..
ReplyDeletealahai ciannyer dier! ngidam ke tak? klu ngidam meh sini dtg kanazawa! seperiuk akak buatkan! hihihi
to cikmin..
klu abang hmzh yg buat, kita tak tau la jd apa! dh la kije tutup idong jerk sepanjang kita masak! nyampoh btol! huh!
to suzi..
dh jangkit hana la ni kot suzi! hehehehe
Hah, puas dah makyung melantak ke, mentekedarah tu..sampai terbaring gitu..Ko biar betul Hana, kang buruk perangai lak baby tu..watnya baby girl lagi laa..hehe..Nasib dapat jugak ikan ya...Amboii Cikmin pun masak tempoyak gak eh..! Ok Hana, suka Hana dah dpt buat..akak tumpang suka...muaahhh!
ReplyDeleteto k.ummi..
ReplyDeletementekedarah kot kak! kihkihkihkih.. hah! skrg mmg pueh ati la... alhmdllah! mekasih byk2 kak! jasamu dkenang sampai bb nih beso besok! hihihihi....