Friday, April 24, 2009

Muffin Coklat

wat utk num ptg danish... kali nih buat tak cukup pulak! lapo sgt kot anak2 aku nih! aku pon sempat mkn seketul jerk! nk wat lagik coklat dh habih! takpo la len kali jer ye nak! muffin nih dh slalu gak buat! yg penting sedap n very coklati! resepi k.yani fr my.resipi!. mekacih sifuuu! kalau nk nengok gambo step by step p tgk kat my.resipi yer!

Bahan-bahan
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

7 comments:

  1. wow.. lawala muffin dia.. mcm yg jual2 kat bakery jer.. kita nk kena letak adunan byk mn spy dia leh naik paras2 lawa gitu? hana.. lens apa hana pakai?.. lawa gmbr!

    ReplyDelete
  2. opss... dh ada arahn dl resepi ghupernye.. 1/ 2 or 60%.. gomen ne.. mata tpegun tgk gmbr sbnrnya.. sbb 2, xsabar menanya.. hehe

    ReplyDelete
  3. hazel..
    sebenonyer dlm setiap muffin cup hana isi hingga 3/4! pehtu, 10 minit pertama gune suhu 180-200. 10min kedua turunkan suhu cam biasa. biasa hana guna 170. terpulang pd oven masing2 la yer... baru la jd ke'valcano'an yg menggunung tuh! hihihi..

    pasal gambo tuh hana gune lens pendek jerk (18-55mm). lgpon amik dr jarak dekat.. ur pic pon nice jugak! :)

    ReplyDelete
  4. baru je nak minta seketui2...dah abis...?
    wat sendiri biasa tak lalu nak mkn...org buat semua nampak nak ngap je..

    ReplyDelete
  5. to aishah..
    sori la cha! smlm tuh dak2 nih pulun habih! haah! btol tuh kan! tgk org buat rasa lapooo ajer!

    ReplyDelete
  6. nape saye buat mufin coklat ni asyik bantat je ye? x jadik vulcano. ape sebab nye ye?

    help me plz...

    ReplyDelete
  7. to NHF... muffin bantat mungkin sbb adunan. samada terlebih tepung atau kesilapan teknikal semasa mengadun semua bahan. tapi sebenarnya pembuatan muffin amat mudah..cuma godeh2 @ pukul gtu2 ajer dah siap! cuba check pada suhu oven pula. pasal vulcano tuh, tips yg saya selalu amalkan macam yg saya katakan pada komen hazel. nanti cuba lg yer.. mudah2an berjaya. tima kasih sudi mencuba..:)

    ReplyDelete