Thursday, July 2, 2009

Udang Tiga Rasa

arini bz!! bz jenjalan! hehehehe... blk jenjalan lapoo! terus carik menu yg sonang baitu! nengok menu k.ummi arini memenuhi citarasa! apalagik kelentang kelentung kejap jerk siap! makan panas2 ngan nasi putih mmg syokk! lelagi ler tgh kebulur! mmg leh licin dbuatnyer! hihihi.... resepi asal dr CMG tp hana kopipes dr umh k.ummi. mekacih byk2 sifu2 ku iteww!

Bahan-bahan
  • 15 - 20 ekor udang sederhana besar
  • 1/2 biji capsicum merah - potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum kuning - potong berbaji
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili (akak pun guna sos cili thai)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar kicap cair
  • garam dan gula (optional)
  • 1/3 cawan air
Cara Memasak
  1. Udang dibersihkan, toskan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga udang bertukar kemerahan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak dalam kuali tadi.
  3. Tumis bawang putih,bawang besar dan cili kisar hingga harum.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan gaul rata.
  5. Masukkan semua jenis capsicum dan air. Gaul rata.
  6. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga kuah pekat sikit. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

  1. td jumpa kat umah kak ummi...now ni umah hana pulak. amboiiii...terbang ka udang2 itew ke jepang..???

    ReplyDelete
  2. to eiyna..
    sodap lagi bila dpt makan erk eiyna! hihihi

    to k.ain..
    kihkihkih.. haah la tuh kak! udang tuh ader sayap tersembunyik! hihihi

    ReplyDelete