Wednesday, August 12, 2009

Ikan Bakar Tomyam

arini menu ikan yer! resepi asal dr buku masakan k.hanieliza menggunakan ikan siakap! tp sini xdok!! (ada ke xde ke, aku tak tau sebenonyer! hahaha) nih main belasah guna ikan aji! kicit ala ikan kembong mesia! so aku wat dua ekor! sowang sekor ngan laling aku! hahahaha... sedap weiihhhh!! best gtu rasa ke'siam'amnya! (tiru ayat ijan! heeee...) meh tengok ikan nih ader kat dapur k.ummi.. pehtu lompat g dapur ijan..pehtu lompat plak kat dapur makyung! uishhh terer btol ikan main lompat2! klu katak tuh takpe la jugak kan! muahahaha.. mekasih wat semua yg bg idea masak cenggini! beshhhhhhhhhhh!!
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan Kisar

  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Memasak

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)
  2. Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
  3. Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (aku wat stail ijan, bakor lam oven ngan suhu 200 selama 30min).
  4. Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.

6 comments:

  1. tentu sedap sebab rasa KESIAMMANnya itew....tambahan akak yang tak ade selera makan sekarang ni....nak makan masakan orang...tak nak le masak sendiri...akak kongsi ngan Hamzah..oops silap dengan Hana boleh?

    ReplyDelete
  2. kemain posing ikan tu. sampai tak nampak muka ikan tu hah. pakai masker tomyam gitu. akekekekekekeke

    ReplyDelete
  3. isyyy...dah sampai jepun dh. laju betui ikan tu berenang ekh.ihihihi

    sedapnya ikan bakar tomyam tu!! terliur pulak tokak ni ha, teringat ketomyaman kuah ikan tu!!

    ReplyDelete
  4. to k.watie..
    sib baik sempat btolkan ayat tuh! klu tak nk, suh tom n jello cekau akak taww! hahaha

    to jiya..
    bukan owang jerk nk kene pakai mask skrg nih jiya! ikan pong kene pakai gak tau! takut2 virus H1N1! muahaha

    to k.ain..
    hahaha.. ikan mmg ler pndi berenang kak! tuh pasat smpai laut mana2! ekekeke

    ReplyDelete
  5. Ewah dah menjadik pon ikan aji tomyam akak nie... best kan?kan?kan? ehhehe...

    ReplyDelete
  6. to blogresipi..
    haah la ijan! jangkit ngan ko la nih! hihihi... mekacih sumbang idea!

    ReplyDelete